4 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perjanjian Rumah Sewa

cytonn-photography-604680-unsplash

Memang tidak boleh kita nafikan proses sewa rumah ni kadangkala remeh dan kadangkala leceh. Tak cukup dengan itu, kita selalu bimbang dengan keadaan rumah yang kita sewa. Risau maintenance rumah tinggi bila tiada penghuni, risau penyewa rumah bayar bil lambat, risau barang rumah rosak. Memang tak habis persoalan ni. Oleh itu, pentingnya perjanjian sewa rumah supaya kedua-dua pihak faham akan hak masing-masing. Ia juga boleh mengelakkan jika ada sebarang perselisihan faham.

body-language-business-etiquette-businesspeople-1179804

Selalunya, perjanjian sewa rumah akan disediakan oleh pihak ketiga iaitu peguam atau agen hartanah yang memerlukan bayaran yang agak tinggi untuk biayai kos servis mereka. Namun, tuan rumah pun boleh menyediakan perjanjian itu sendiri untuk kos yang lebih rendah. Tetapi, sangatlah leceh dan tuan rumah memerlukan kefahaman undang - undang Malaysia terutama sekali mengenai undang-undang sewaan kediaman. Sebagai contoh, Akta Kontrak 1950 dan Kanun Tanah Negara 1965. Oleh yang demikian, berikut adalah guideline ringkas yang anda perlu tahu tentang perjanjian sewa rumah:

 

1. Butiran Yang Wajib

  • Butiran rumah yang disewa
  • Deposit utiliti dan keselamatan
  • Terma penyewaan
  • Butiran tuan tanah dan penyewa
  • Kewajipan penyewa
  • Kewajipan tuan tanah
  • Kewajipan bersama
  • Klausa pembaharuan

2. Syarat Khas

Syarat khas hanyalah diperlukan jika kedua - dua pihak ingin berunding untuk hal renovasi. Apabila penyewa rumah membuat renovasi atau sebarang pertukaran, penyewa hendaklah menukar semula kepada keadaan rumah yang asal sebelum perjanjian mereka tamat.

 

BACA: Where Can I Access My Completed Tenancy Agreement?

3. Penamatan Perjanjian Penyewaan

lukas-blazek-263122-unsplash

Apabila perjanjian hampir tamat atau mana - mana pihak ingin menamatkan perjanjian penyewaan, notis hendaklah disampaikan sekurang - kurangnya 2 hingga 3 bulan sebelum tarikh tamat. Dan bagi penyewa yang akan berpindah ke luar negara hendaklah memaparkan dokumen pemecatan pekerjaan sebagai bukti.

 

4. Di mana Dapatkan ‘Stamping’ Perjanjian Penyewaan?

important-1705212_1920

Untuk perjanjian ini dikira sah disisi undang-undang, dokumen hendaklah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan stamping perlu dibuat di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) . Pembayaran hendaklah dibuat dan dikira mengikut tempoh perjanjian tersebut. Untuk mengetahui harga tersebut, klik di sini👇

Kira Duti Setem Sekarang

 

comments
0