Tuan Rumah Jangan Seronok Sangat Nak Sewakan Rumah Kalau Anda Belum Buat 4 Perkara Ini!

Tak dinafikan dengan harga hartanah yang semakin mencanak naik, ramai yang nak cari rumah sewa untuk dijadikan tempat berteduh dan tinggal sebumbung bersama anak isteri.

 

giphy-5

 

Dan peluang yang sangat lumayan bagi tuan tanah sekalian untuk sewakan rumah anda kepada mereka yang memerlukan. Apa lagi? Jom lah pakat-pakat up  iklan rumah sewa kat semua sosial media dan platform cari rumah sewa biar satu Malaysia tahu! Hahahahaha.

 

chill

Tapi, tuan rumah semua mintak bersabar dulu. Jangan ingat seronok je sampai gelap mata dan buta akal fikiran untuk fikirkan langkah persediaan awal sebelum anda sewakan rumah anda kepada orang luar.

 

Apa sebenarnya benda yang anda kena tahu sebelum sewakan rumah ni?

 

wrench

#1 Struktur Semula Isi Rumah

Sebagai tuan rumah, janganlah anda kedekut nak cantikkan lagi rumah anda terutama sekali tentang fasiliti dalam rumah untuk keselesaan penyewa.

 

Sediakan kipas angin, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain keperluan asas untuk keselesaan dan kegunaan penyewa.

 

Kalau nak tahu, dengan cara tambah fasiliti rumah sewa menjadi fully furnish, anda ada chance lah nak naikkan kadar sewa rumah sebab anda sediakan banyak keperluan asas di dalam rumah sewa itu.

 

Sebab tulah min cakap, jangan kedekut kerana perkara ini akan menjadi sebuah pelaburan aset yang akan membuahkan hasilnya di kemudian hari.


cytonn-photography-604680-unsplash-1

#2 Sediakan Surat Perjanjian Sewa Rumah

Risiko yang maha besar jika anda sebagai tuan rumah tak sediakan payung sebelum hujan datang kalau tak sediakan awal-awal surat perjanjian atau kontrak sewa rumah kepada penyewa anda.

 

Tiada perjanjian sewa rumah seolah-olah memberi peluang bulat-bulat kepada penyewa untuk berbuat apa sahaja kerosakan, kecurian mahupun kes lari diri dan tak bayar sewa kepada anda. Nak ke jadi macam ni, melopong je..? Untung tak dapat, rugi yang kena tanggung.

 

Sekiranya anda ada kontrak rumah sewa, anda sudah pun menyelamatkan dan melindungi hak anda sebagai pemilik rumah jika ada apa-apa perkara buruk yang tak diingini berlaku. Yelah, siapa suka kalau barang mahal yang kita beli dirosakkan atau dicuri oleh orang kan?

 

Tak payah risau kalau anda tak tahu apa patut anda tulis dalam butiran surat perjanjian tu. Nak kena ada lawyer ke kalau nak draf surat perjanjian sewa rumah?  Baca sampai habis kalau nak tahu caranya.

 

sharon-mccutcheon-552616-unsplash

#3 Bayar Deposit Sewa & Utiliti Dulu

Gila tak ambil duit deposit sewa?!? Kalau rumah jadi apa-apa macam mana? Kena rompak ke, sofa patah ke, peti sejuk berkulat ke, semua tu boleh cover sikit dengan wang deposit yang diberikan terlebih dahulu.

 

Sejak dari dahulu lagi, tuan rumah telah membuat pilihan yang bijak untuk mengambil advance  sewa rumah sebagai wang cagaran atau duit deposit. Sebab tuan rumah boleh berhadapan risiko  tinggi sekiranya menyewakan rumah tanpa ambil deposit.

 

daniel-mccullough-80VTQEkRh1c-unsplash

#4 Jumpa Bakal Penyewa dan Temuduga Beliau

Orang kata, dari mata turun ke hati. Kalau berkenan, pikatlah hati..hehehe..

 

Tapi kita bukan nak cari jodoh ye kat sini. Kita dalam misi nak mencari penyewa yang berkualiti dan boleh dipercayai supaya rumah kita tak akan berantakan dan musnah dek penyewa dari neraka.

 

Sekiranya ada yang berminat untuk menyewa rumah anda, pastikan anda ajak beliau ke rumah terlebih dahulu untuk kenal-kenal dan dapat gambaran kasar bakal penyewa.

 

Temuduga mereka dengan bertanyakan latar belakang dan lain-lain perkara yang dianggap penting dan dapat membantu anda buat keputusan sama ada membenarkan mereka menyewa atau tidak di rumah anda.

 

Dan lebih baik lagi jika anda sediakan satu borang permohonan rumah sewa yang lengkap dengan maklumat asas, nombor telefon, alamat tuan rumah sebelum ini dan lain-lain lagi bagi membantu anda dalam mendapatkan penyewa dari syurga.

 

Langkah Terakhir...

Pepatah berbunyi, malu bertanya sesat jalan. Jangan lupa juga untuk anda tanya nasihat daripada orang yang lebih arif mengenai hal hartanah sewa rumah ataupun komuniti tuan rumah yang lain yang sudah mempunyai pengalaman menyewakan rumah mereka.

 

Anda pasti terpukau dengan pelbagai tips yang diperoleh nanti.

 

Kesimpulannya...

Tak semua orang yang ada banyak rumah kosong mampu untuk menguruskan transaksi dan pengurusan rumah sewa secara teratur dan efisien

 

Anda pastinya akan lebih peka dengan keadaan sekeliling jika anda tak terburu-buru dalam mencari ilmu sewaan kediaman ini dan buat persediaan rapi sebelum menyewakan rumah anda.

 

Iklan Rumah PERCUMA
comments
0