Tips Cari Cleaning Service Yang Tiptop

Confirm puas hati 👍

cleaning-3934664_1920


Tak semua orang yang mampu untuk menggunakan khidmat orang gaji atau bibik untuk membantu kita dalam menguruskan kehidupan sehari-hari di rumah. Lagi-lagi ada banyak kes yang tak sedap didengar sejak kebelakangan ini mengenai maid daripada negara asing.


Ramai yang kini sudah mula mencari dan menggunakan khidmat professional cleaning service yang banyak tersedia tinggal cuma untuk kita pilih sahaja yang mana berkenan di hati dan mesra poket belanja. Yelah, kita kenalah ukur baju di badan sendiri takut-takut terkoyak pulak kain yang disarung tu.

oliver-hale-705232-unsplash-1

Tapi ini tak bermaksud perkhidmatan cuci rumah yang murah kurang kualitinya. Sebagai pengguna, anda mestilah survey dulu mana yang okay dan mana yang kena reject siang-siang.


Tak tahu macam mana nak cari cleaning service yang tiptop? Jom baca artikel ni sampai habis untuk tips cari perkhidmatan cuci rumah yang berkualiti.

 

Baca: Jom Bongkar "Tricks" Rumah Kekal Kemas Walaupun Anda Sibuk Kerja Office Hour!

 

1) Cari maklumat cleaning service dalam talian (Website, Instagram, Facebook)

christian-wiediger-626857-unsplash

Zaman dah semakin canggih dan maju, buat apa lagi nak ke kedai untuk survey satu-satu? Bukak je laptop atau handphone masing-masing dan cari je cleaning service yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.


Anda boleh tengok bahagian review atau testimoni cleaning service tu untuk nilai dan pertimbangkan samada nak upah mereka bersihkan kawasan rumah anda. Kalau anda masih ragu-ragu dengan review yang diberi, cepat-cepat cari butang “Contact Us”  lepastu telefon atau WhatAspp sendiri sebarang pertanyaan anda mengenai syarikat perkhidmatan mereka.


2) Tanya kawan-kawan atau family yang pernah guna cleaning service

mael-balland-1156823-unsplash

Tips yang selalu orang kita buat adalah bertanya kawan-kawan atau saudara-mara terdekat untuk dapatkan recommendations yang lebih dipercayai daripada review syarikat tu sendiri (syarikat boleh janji bulan dan bintang untuk promosi perniagaan mereka).


Jika kita bertanya kepada rakan-rakan atau family yang pernah gunakan satu-satu perkhidmatan daripada syarikat cleaning tertentu, mereka akan memberitahu baik dan buruk secara jujur mengenai khidmat profesional cleaning service tersebut. Jadi kita lebih yakin sekiranya nak upah cleaning service nanti.

 

BACA: 7 Things Landlords Wish Tenants Knew

 

3) Survey tawaran perkhidmatan yang disediakan

giphy (11)

Dah jumpa cleaning service yang berkenan kat hati? Jangan lupa tanya dahulu perkhidmatan yang ditawarkan sebelum mengupah mereka.

Adakah mereka melakukan perkhidmatan berbentuk pakej atau boleh menerima permintaan khas daripada pelanggan? Adakah kita perlu menyediakan barang cucian sendiri atau mereka telah sediakan? Berapa orang tukang cuci rumah dan berapa jam tempoh yang anda mahukan untuk mereka mencuci rumah anda? Tepuk dada, tanya selera dan poket masing-masing.


4) Pastikan kadar upah yang dikenakan

sharon-mccutcheon-556371-unsplashSentiasa double check kadar bayaran yang bakal anda keluarkan dan tanya kepada pengurus perkhidmatan tersebut samada mereka mengenakan bayaran mengikut jam atau kadar sama rata.

Tukang cuci yang profesional yang dibayar setiap jam tidak akan keluar lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan walaupun mereka telah selesai mencuci rumah tersebut.


5) Pastikan anda memberi penjelasan jelas kepada tukang cuci sebelum mencuci rumah

Sekiranya anda ingin mereka mencuci di kawasan tertentu dan dengan cara pembersihan yang tertentu, pastikan anda menjelaskan hal tersebut dengan tukang cuci sebelum mereka mencuci rumah.


Mungkin anda mempunyai alahan kepada beberapa produk pencuci, maka jangan berat mulut dan ambil masa untuk jelaskan hal tersebut.


6) Minta butiran insurans cleaning service

Kerana tidak kira betapa bagus dan telitinya tukang cuci rumah anda, pastikan mereka mempunyai insurans untuk melindungi sebarang kerosakan atau kemalangan di dalam rumah anda. Ingat, malang tidak berbau dan lebih baik anda menyediakan payung sebelum hujan sebelum ada perkara yang tidak diingini berlaku.


7) Berapa kos upah cleaning service?

calculator-385506_1920Bergantung kepada bajet anda untuk mengupah mereka secara bulanan atau harian dan tidak termasuk dengan jenis-jenis cucian yang ditawarkan juga.


Kini SPEEDHOME juga menyediakan cleaning service dan hiasan dalaman ringkas untuk semua tuan rumah yang  menyenaraikan unit mereka di platform rumah sewa SPEEDHOME. Dan yang paling best sekali, ianya PERCUMA!


Ye betul, percuma je. Kalau anda nak tahu macam mana anda boleh dapatkan perkhidmatan tukang cuci secara percuma kami, klik butang kat bawah untuk maklumat selanjutnya.

 

Upah Tukang Cuci Sekarang

comments
0