Perkara Penting Yang Wajib Ada Dalam Perjanjian Rumah Sewa Anda!

 

Perjanjian sewaan kediaman adalah sebuah kontrak yang disediakan ketika proses sewaan berjalan di antara pemilik rumah dan penyewa.

 

Tujuan perjanjian sewaan rumah disediakan adalah untuk melindungi kepentingan pemilik rumah itu sendiri dan juga harta benda tuan rumah tersebut.

 

Secara asasnya, perjanjian sewaan kediaman atau kontrak sewa rumah ini untuk jadi back-up tuan rumah sekiranya ada apa-apa berlaku semasa tempoh sewa sedang berlaku.

 

Tapi apakah sebenarnya perkara penting yang perlu ada dalam perjanjian sewa rumah selain daripada butir-butir asas unit tersebut?

 

Ringkasan



1. Jumlah harga sewa sebulan dan tarikh akhir bayaran sewa

 

Salah satu perkara WAJIB ada dalam kontrak sewa anda! Dengan adanya klausa yang nyatakan mengenai jumlah bayaran sewa setiap bulan dan tarikh akhir bayaran sewa perlu dijelaskan, anda ada bukti kukuh jika terjadi apa-apa kelak.

 

Anda perlulah terangkan dengan jelas berapa bayaran sewa dikenakan, bila tarikh akhir bayaran sewa, apakah persetujuan bersama sekiranya kontrak tamat awal dan syarat untuk pindah rumah.

 

 

2. Tempoh sewa rumah

Kontrak sewa rumah perlulah nyatakan secara spesifik mengenai tempoh sewaan termasuk tarikh mula menyewa dan tarikh tamat sewaan.

 

 

3. Tanggungjawab penyewa

Antara tanggungjawab penyewa adalah seperti berikut:

 

Perkara di atas adalah antara contoh poin yang perlu anda ketengahkan dan tulis di dalam perjanjian sewaan kediaman.

 

4. Tanggungjawab tuan rumah

Bagi pemilik rumah, pastikan anda terangkan tanggungjawab yang perlu anda lakukan untuk penyewa anda seperti:

 

5. Terma & syarat penamatan awal kontrak (untuk tuan rumah & penyewa)
 

Antara isu biasa yang dialami setiap tuan rumah apabila terdapat penyewa yang ingin keluar rumah sebelum tamat tempoh kontrak.

 

Ataupun apabila terdapat masalah yang menyebabkan tuan rumah terpaksa menamatkan kontrak penyewa tersebut dengan lebih awal.

 

Kontrak sewa rumah anda perlulah jelaskan mengenai apa yang tuan rumah & penyewa perlu lakukan sekiranya terdapat penamatan awal kontrak dan juga syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum penamatan kontrak dilakukan.

 

Sebagai contoh, penyewa perlu membayar sekurang-kurangnya dua bulan bil utiliti dan mengemas barang-barang mereka sebelum berpindah keluar.

 

6. Penamatan penyewaan

 

Kat sini kita boleh bahagi kepada 2 bahagian: syarat-syarat untuk menamatkan perjanjian sewa sebagai tuan rumah dan sebagai penyewa.

 

Ianya perlulah menjelaskan tentang apa yang mereka patut lakukan di akhir tempoh kontrak tersebut.

 

Sebagai contoh:

 

Pemansuhan Kontrak Sewa oleh Tuan Rumah

 

Pelanggaran kontrak: Penyewa telah melanggar syarat & peraturan perjanjian dan dalam hal pelanggaran itu tidak diperbaiki atau tidak dapat diperbaiki dalam waktu yang munasabah.

 

Insolvensi atau muflis: penyewa telah menjadi muflis atau tidak dapat membayar hutang mereka.

 

7. Pembaharuan kontrak sewaan

Perjanjian sewaan juga perlu menyatakan klausa mengenai pembaharuan kontrak sewaan. Sebagai contoh, penyewa perlu memberitahu tuan rumah sebulan sebelum tarikh pembaharuan kontrak kepada tuan rumah supaya tuan rumah dapat membuat draf perjanjian sewa yang baharu.

 

8. Notis keluar rumah

Pemilik kediaman tidak boleh sewenang-wenangnya mengusir penyewa keluar daripada unit mereka. Sebaliknya, notis pengusiran penyewa perlu mendapat kebenaran undang-undang  dan penyalahgunaannya boleh dibicara di mahkamah.

 

Antara sebab yang boleh tuan rumah mengusir penyewa adalah kerana penyewa berulang kali tidak  membayar sewa, melanggar peraturan perjanjian dan banyak lagi.

 

Kesemua bukti haruslah didokumenkan untuk dijadikan bukti yang kukuh sebelum dakwaan dilakukan. Harus diingatkan bahawa proses pengusiran ini mengambil masa dan sedikit wang ringgit. 

 

Proses pengusiran penyewa merupakan jalan terakhir  untuk tuan rumah ambil jadi pastikan anda berjumpa dan berbincang dengan penyewa bermasalah tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

 

Usah risau jika anda rasa terbeban dan tak tahu macam mana nak buat perjanjian sewa yang lengkap. Muat turun je sampel perjanjian sewa rumah secara PERCUMA dengan klik butang kuning kat bawah ni.

 

Share dengan rakan-rakan anda yang mungkin tengah garu kepala cari contoh perjanjian sewa rumah tu. Semoga bermanfaat!

Muat Turun Perjanjian Sewa Rumah PERCUMA
comments
0