Penyewa Gaduh Dengan Penyewa Lain, Patut Ke Tuan Rumah Masuk Campur?

 

Jadi tuan rumah ni memang bukan mudah. Banyak benda nak kena fikir bagi pihak diri sendiri dan orang lain jugak terutama sekali penyewa rumah anda.

 

Thinking

Buat pemeriksaan latar belakang penyewa? Done ✔️

Periksa kredit skor CTOS/CCRIS penyewa? Done ✔️

Interview bakal penyewa? Pun dah buat. Done ✔️

 

Semua sudah buat untuk elak diri daripada dapat penyewa puaka. 

 

 

“Okay cun, mesti rumah aku akan berada dalam keadaan tip top dan takde satu pun barang yang rosak...”

 

Anda rupanya SALAH!

 

You are wrong

 

Walaupun anda sudah betul-betul tapis penyewa yang terbaik untuk tinggal dalam rumah sewa anda sekalipun, tetap tak dapat nak elakkan masalah penyewa yang tak sekepala! 

 

Persoalannya, patut ke tuan rumah masuk campur?

 

BACA: Tenants! Know Your Rights!

 Aduhhh! Apa Nak Buat Ni?!

Selesaikan Masalah Penyewa Bergaduh Sesama Penyewa

Tahniah kepada tuan rumah yang ada perjanjian sewa rumah dengan kedua-dua penyewa. Perjanjian atau kontrak sewa yang disediakan sepatutnya mengandungi beberapa peraturan asas seperti memastikan keharmonian rumah, tidak membuat bising dan tiada tingkah laku yang agresif dibenarkan semasa menyewa.

 

Terma & Syarat Yang Spesifik Untuk Keselamatan & Keharmonian Rumah

  • home sweet homeAda ramai tuan rumah yang menyatakan terma & syarat yang khusus dan terperinci dalam perjanjian mereka seperti menerangkan  syarat-syarat untuk keselamatan dan keharmonian rumah sewa. 

Tekankan kepada penyewa yang menghuni rumah anda supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam kontrak sewa rumah. Kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan akan menyebabkan tuan rumah mempunyai hak untuk mengusir keluar penyewa yang menimbulkan masalah tersebut.

 

Jika pertikaian tidak juga dapat dileraikan, perjanjian sewa rumah akan dapat membantu anda membuat keputusan sama ada untuk mengusir penyewa itu.

 

Buat Polisi Resolusi

Policy writing

Polisi resolusi juga dapat membantu untuk menyelesaikan konflik antara 2 pihak yang terlibat. Dengan cara ini, kedua-dua pihak perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dan dapat melancarkan proses aduan.

 

  • Ambil tindakan sebelum terlambat

Sebelum tuan rumah masuk campur urusan penyewa, cuba biarkan mereka selesaikan masalah ini terlebih dahulu. Sediakan beberapa garis panduan bagaimana mereka perlu mengendalikan masalah tersebut berdasarkan perjanjian sewa yang telah ditetapkan supaya mereka tahu yang anda mengambil serius tentang kandungan yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut.

 

  • Buat aduan dengan cara yang betul

Ajar penyewa anda untuk memfailkan aduan. Tunjuk ajar kepada mereka cara yang betul untuk memfailkan aduan tersebut. Perkara ini akan menjimatkan masa anda dan penyewa dan kemungkinan peluang untuk perkara ini berlanjutan akan berkurangan.

 

  • Respon terhadap aduan yang difailkan

Jangan pula anda abaikan perkara ini. Sebaiknya anda bersemuka dan berbincang dengan penyewa-penyewa anda. Mereka akan lebih menghargai anda jika anda mengambil berat mengenai hal ini.

 

  • Hubungi penyewa yang bergaduh tersebut

Telefon dengan penyewa yang mendapat aduan tersebut. Beritahu bahawa terdapat aduan telah dibuat ke atas mereka tetapi JANGAN beritahu siapa yang membuat aduan tersebut kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan.

 

Jika penyewa tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan, anda boleh memberi peringatan atau amaran sebelum mengambil keputusan untuk mengusir penyewa tersebut.

 

Dan jika mereka masih mengulangi salah laku, anda berhak mengambil tindakan undang-undang dengan cara menghalau penyewa daripada terus menetap di rumah sewa anda.

 

  • Tulis aduan kedua-dua pihak dalam hitam putih

Setelah selesai berjumpa dengan kedua-dua penyewa yang sedang berperang dingin, anda sebagai tuan rumah boleh menghantar emel atau tulis surat untuk mengesahkan perbualan/perbincangan secara terperinci.

 

Pastikan kesemua butiran yang ditulis adalah sangat terperinci supaya tindakan lanjutan dapat diambil jika ada perkara yang berulang. 

 

  • Dokumenkan aduan tersebut

Jangan lupa juga untuk rekod tarikh aduan dibuat, tindakan yang diambil oleh pihak tuan rumah, perbincangan antara penyewa yang membuat dan mendapat aduan serta solusi yang telah dipersetujui. 

 

Dokumenkan setiap aduan yang dibuat supaya ada bukti hitam putih yang kukuh jika terdapat sebarang salah laku yang mungkin akan berulang dan tindakan undang-undang yang selanjutnya dapat dilakukan.

 

  • Buat tindakan susulan

Periksa keadaan penyewa yang membuat aduan sama ada mereka dalam keadaan baik atau tidak. Hal ini akan menyebabkan mereka berasa lebih diambil berat dan akan membantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang tuan rumah yang bertanggungjawab dan efisien.

 

Argument

Sekiranya penyewa yang bermasalah itu terus-menerus membuat kacau dan menimbulkan masalah, jadi inilah masanya untuk anda membuat keputusan untuk mengusir dan/atau mengambil tindakan undang-undang ke atas penyewa tersebut. 

 

Lebih-lebih lagi jika penyewa tersebut berpotensi untuk mempengaruhi kesihatan dan keselamatan penghuni lain di rumah sewa anda. Jika perkara sudah semakin parah, anda juga boleh dapatkan nasihat pakar seperti peguam mengenai hak tuan rumah-penyewa.

 

Muat Turun Notis Keluar Rumah PERCUMA
comments
0