Pelajar, Bekerja atau Berkeluarga? - Ketahui 5 Jenis Penyewa Ini Yang Mungkin Anda Jumpa

 

arif-riyanto-1097354-unsplashMenjadi tanda tanya besar untuk setiap tuan rumah apabila mula iklankan rumah untuk disewakan iaitu jenis penyewa yang bakal anda dapat. Sama ada penyewa yang menyenangkan hati anda atau penyewa perangai puaka.

 

Risiko menyewakan rumah kepada penyewa yang bermasalah sentiasa ada tak kisah la bagi tuan rumah baru mahupun yang lama.

 

Walau bagaimanapun, anda boleh ambil langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan  penyewa yang terbaik untuk menyewa unit anda sekaligus dapat mengelakkan diri daripada termasuk jerat dengan penyewa dari neraka.

 

Kalau nak diikutkan, memang terdapat banyak jenis penyewa daripada latar belakang yang berbeza seperti pelajar, pasangan yang baru berkahwin, pasangan kekasih, orang bujang yang bekerja dan macam-macam lagi.

 

Kadang-kadang, melalui jenis penyewa ini tuan rumah boleh kenal pasti secara kasar mengenai bakal penyewa mereka dan sedikit sebanyak dapat membantu selamatkan tuan rumah daripada menanggung risiko yang tinggi kelak.

Antara Jenis Penyewa Yang Bakal Anda Jumpa!

Property Rental Couple

1. Pasangan Yang Mempunyai Kewangan Kukuh

Salah satu faktor jenis penyewa seperti ini adalah kerana kedua-dua mereka memperoleh pendapatan yang stabil dan keduanya adalah mereka bekerjasama untuk memastikan bayaran bil dan utiliti yang lain dibayar tepat pada waktunya.

 

Kebiasaannya kos sewa rumah dan bil utiliti tambahan akan dibahagi sama rata dan pembayaran akan dibuat bersama tepat pada waktunya.

 

Mereka juga merupakan penyewa yang matang dalam menguruskan tanggungjawab masing-masing jadi kepada para tuan rumah, pastikan anda “jaga” jenis penyewa seperti ini. Langkah mudah yang boleh tuan rumah lakukan seperti memastikan rumah dalam keadaan tip top ataupun memberi diskaun kerana membuat bayaran sewa di awal bulan merupakan salah satu cara terbaik untuk menambat hati penyewa untuk terus kekal menyewa dengan anda.

 

tran-mau-tri-tam-tZnbakTUcTI-unsplash

2. Golongan Profesional dan Bekerjaya

Kebiasaannya golongan seperti ini lebih suka menyewa berseorangan di dalam satu bilik ataupun satu rumah tersebut tanpa berkongsi dengan penyewa yang lain.

 

Golongan ini antara jenis penyewa yang jarang buat hal. Namun begitu peluang untuk mereka berpindah rumah ke tempat yang lebih dekat dengan kawasan pejabat mereka adalah agak tinggi atas tuntutan kerja mereka yang sentiasa meningkat.

 

Tidak dinafikan juga walaupun mereka jarang buat hal tetapi golongan profesional ini lebih cerewet dari segi cara anda memberikan perkhidmatan terhadap mereka sebagai pelanggan.

 

Sebagai tuan rumah, anda perlulah sentiasa bersikap terbuka dan buat follow-up dengan mereka untuk memastikan mereka tahu yang anda mengambil berat mengenai keperluan mereka sebagai penyewa.

students-1807505_960_7203. Pelajar Universiti/Kolej

Antara penyewa yang paling ramai dan paling biasa ada di kawasan Lembah Klang dan mana-mana kawasan yang mempunyai kampus universiti/kolej dalam jarak 5km.

 

Mereka datang dalam pelbagai bentuk, rupa, negeri dan latar belakang. Kalau anda bertuah, rumah anda mungkin akan dihuni oleh penyewa ulat buku yang tidak akan buat hal dan akan jaga harta benda rumah anda.

 

Tuan rumah perlu ingat bahawa duit sewa mereka adalah mungkin 100% dibayar oleh ibu bapa masing-masing. Oleh itu, anda perlu mengambil segala maklumat berkaitan dengan ibu bapa atau penjaga pelajar tersebut sebelum mereka mula menyewa rumah atau bilik. 

 

Langkah lain yang dapat digunapakai juga adalah bersua muka dengan pelajar tersebut untuk lebih kenal dengan mereka. 

 

Zaman kini yang serba canggih dengan media sosial pun ada baiknya. Tuan rumah boleh “stalk” bakal penyewa untuk lihat tahap kematangan mereka.

 

Kebanyakan pelajar memang suka menyewa beramai-ramai dalam satu rumah untuk jimatkan wang sewa. Tetapi sebagai tuan rumah, anda perlu pastikan rumah tersebut tak jadi macam tin sardin sebab terlalu padat; takut-takut boleh merosakkan harta benda dalam jangka masa panjang.

 

patrick-tomasso-fMntI8HAAB8-unsplash

4. Golongan yang baru bekerja

Jenis penyewa macam ni lebih stabil sedikit berbanding dengan golongan pelajar tetapi belum lagi mencapai tahap macam no.2 tu. 

 

Selepas golongan pelajar, penyewa jenis macam ni pun banyak tuan rumah akan jumpa dan kemungkinan anda akan sewakan rumah atau bilik kepada mereka ni. Jenis penyewa sebegini selalunya mencari rumah sewa yang dalam bajet yang terhad dan akan sebaik mungkin menjaga harta benda tuan rumah supaya duit deposit mereka tak “burn” bila dah abes tempoh menyewa.

 

Mereka merupakan penyewa yang terbaik kepada tuan rumah cumanya kemungkinan mereka akan lambat bayar memang ada potensi tinggi jugak. Hal ini kerana komitmen lain yang mereka terpaksa tanggung contoh seperti insurans, hutang PTPTN, pinjaman kereta bulan-bulan dan banyak lagi.

 

Tapi anda janganlah pulak risau kerana tak semua yang lambat bayar sewa tu adalah penyewa yang bermasalah. Cara terbaik untuk tuan rumah atasi masalah ini adalah dengan cara meminta mereka supaya berterus-terang dan jujur jika mereka jangkakan sewa bulan depan akan dibayar lambat sedikit. Dengan cara ini, reputasi antara tuan rumah dan penyewa dapat dijaga dengan baik.

 

Orang barat cakap “win-win situation”. Penyewa pun rasa lega bila tuan rumah beri kelonggaran dan semestinya tak akan berpindah keluar cepat-cepat dan tuan rumah pun dapat kekalkan keuntungan pasif anda apabila ada penyewa yang masih lagi menghuni rumah anda.

 

annie-spratt-QckxruozjRg-unsplash

5. Syarikat start-up

Mungkin tak ramai tuan rumah yang terima permintaan daripada individu yang nak jadikan rumah sewa sebagai ruang pejabat syarikat  sekaligus sebagai tempat untuk berteduh. 

 

Tetapi dengan arus moden masa kini, semuanya tak mustahil dan ramai juga orang yang berminat jadikan rumah sewa sebagai ruang pejabat serta tempat tinggal mereka. Kebiasaannya mereka ini terdiri daripada golongan yang sudah stabil dalam pekerjaan dan juga seorang pelajar. 

 

Kenapa?

 

Kemungkinan kawasan rumah tersebut sibuk dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang berdekatan dengan kawasan kampus dan ruang kerja.

 

Menyentuh bab bayaran sewa pula, golongan ini pastinya mampu membuat bayaran tepat pada waktunya. 

 

Cuma tuan rumah perlu membuat sedikit pengubahsuaian seperti pasang poin plug ekstra atau sediakan konsep rumah seperti ruang pejabat.

 

Rumah sewa anda akan lebih kelihatan seperti pejabat kepada penyewa anda dan sekaligus menjadikan rumah anda lebih terurus dan bayaran sewa pun boleh dapat tepat pada waktunya kerana mereka menjalankan perniagaan yang pastinya ada untung. Jadi, tuan rumah boleh lah mencuba untuk sewakan rumah anda kepada mereka!

 

Anda Minat Dengan Jenis Penyewa Yang Mana?

Tidak kisah lah mana satu pun yang menjadi pilihan hati, pastikan anda membuat pemeriksaan latar belakang terlebih dahulu terutama sekali pemeriksaan skor kredit CTOS/CCRIS mereka. Dan jika anda kurang pasti bagaimana ingin membuat pemeriksaan latar belakang penyewa sendiri, cubalah SPEEDHOME!

 

SPEEDHOME merupakan sebuah platform rumah sewa pertama 0% deposit yang mengendalikan pemeriksaan latar belakang penyewa berdasarkan skor kredit CTOS/CCRIS dan juga melindungi hak tuan rumah sehingga RM26,000.

 

Allianz.square

 

Ketahui lebih lanjut mengenai faedah yang tuan rumah boleh dapati di SPEEDHOME di sini. 👇

 

 

Baca Selanjutnya
comments
0