Soalan Lazim Tuan Rumah

 

ENGLISH                                                                                                          MANDARIN

 

Selamat datang ke halaman Soalan Lazim Tuan Rumah SPEEDHOME!

Umum

Klik di sini untuk baca. Klik semula pautan ini untuk menutup.

 

SH_ONEPAGER_LANDLORD OVERVIEW

Soalan Lazim Tuan Rumah

Klik pada soalan untuk baca selanjutnya. Klik semula pautan untuk menutup.

 

Emelkan kepada kami di hello@speedhome.com jika anda mempunyai pertanyaan yang lebih lanjut.

 

ISI KANDUNGAN:

 


Asas


Apa itu SPEEDHOME?

SPEEDHOME (dahulu Speedrent) ialah sebuah platform hartanah dalam talian yang menghubungkan tuan rumah secara langsung dengan penyewa yang berkualiti

 

SPEEDHOME menyediakan tuan rumah sehingga 20x perlindungan sewa lebih baik daripada deposit tradisional dan membantu tuan rumah mencari penyewa 5x lebih cepat.

 

Nota 1: Perlindungan insurans hanya tertakluk kepada tuan rumah yang berjaya membuat transaksi dengan SPEEDHOME sahaja dengan harga sewa antara RM800 sehingga RM5,000 bagi rumah sewa dan RM300 hingga RM1,500 bagi bilik sewa.

 

Nota 2: Caj insurans hanya akan dikenakan kepada tuan rumah yang telah berjaya menyewakan unit mereka di SPEEDHOME sahaja. Lain-lain kos perkhidmatan di SPEEDHOME adalah percuma.

 

 

Bagaimanakah cara untuk saya iklankan rumah/bilik?

Anda boleh layari laman web kami atau muat turun aplikasi kami di Google Play atau iTunes.

  • Laman Web: Klik butang di bahagian kiri atas iaitu "Cipta Senarai PERCUMA" dan ikuti arahan selanjutnya.
  • Aplikasi Google Play: Klik butang di bahagian kiri atas pada tiga garisan mendatar. Kemudian, klik pada butang "Senarai Saya" dan seterusnya klik pada butang kuning "+" di bahagian kanan bawah untuk mencipta senarai iklan rumah anda. 
  • Aplikasi iOS :  Klik butang "Senarai Saya" di bahagian bawah dan klik "Cipta Senarai" untuk mengiklankan rumah anda.

Nota: Pengiklanan rumah sewa di platform SPEEDHOME adalah percuma

 

Bagaimanakah cara untuk mengedit iklan rumah/bilik saya? / Di mana saya boleh mengedit iklan rumah/bilik saya?
  • Laman web:
    Log masuk dan klik ikon avatar di bahagian atas kanan. Kemudian, pilih "Senarai Saya". Klik senarai iklan anda dan pilih "Edit"
  • Aplikasi Android atau iOS
    Klik butang "Lagi" di bahagian bawah kanan aplikasi anda. Kemudian klik "Senarai Saya" dan pilih "Edit" untuk menukar iklan anda.

 

Adakah SPEEDHOME menawarkan sewaan jangka pendek? / Bolehkah penyewa menyewa dalam jangka masa pendek?

Sewaan jangka masa pendek adalah dibolehkan. Tempoh penyewaan di SPEEDHOME bermula dari tempoh minimum 3 bulan dan boleh dilanjutkan kepada maksimum 12 bulan.

 

Bagaimanakah SPEEDHOME melindungi saya? / Bagaimana saya mendapat jaminan?

SPEEDHOME melindungi anda sehingga 20x perlindungan melalui beberapa cara:

 

 

Bagaimanakah cara untuk saya berkomunikasi dengan penyewa? Penyewa akan menghantar pemintaan perbualan kepada anda.

 

Laman Web

Setelah anda log masuk akaun anda, klik pada ikon berbual di bahagian kanan atas halaman tersebut. Anda akan dapat mengakses terus perbualan anda dengan penyewa.

 

Aplikasi

Kami akan maklumkan melalui SMS dan notifikasi di aplikasi anda. Anda hanya perlu klik pada pautan atau gunakan aplikasi untuk mula berbual dengan penyewa. Kami amat menggalakkan supaya anda muat turun aplikasi kami di Google Play atau iTunes untuk mendapatkan kemas kini dan notifikasi permintaan perbualan dengan lebih mudah dan cepat.

 

Apa yang perlu saya lakukan ketika janji temu menunjuk rumah?

Pasukan homerunners  kami akan membantu anda menunjukkan rumah kepada penyewa secara percuma. Anda hanya perlu daftar di sini.

 

Screen Shot 2019-10-20 at 10.25.56 PM

 

 

Sekiranya anda ingin menunjukkan unit sendiri kepada penyewa, anda boleh berbuat demikian. Tetapi kami amat menggalakkan anda untuk menngunakan perkhidmatan homerunners kerana tuan rumah yang menggunakan perkhidmatan homerunners akan mendapat penyewa 2x lebih cepat.

 

Jumpa dengan penyewa anda dan tanya soalan-soalan relevan dan berundinglah mengenai unit sewaan anda untuk mengelakkan sebarang konflik dan salah faham. Beberapa contoh soalan yang anda boleh tanya adalah seperti berikut:

  • Berapa lamakah anda akan menyewa?
  • Bilakah anda ingin mula menyewa?
  • Adakah anda seorang pelajar atau sudah bekerja?

 

Saya mempunyai penyewa yang berminat untuk menyewa. Apa yang saya perlu lakukan seterusnya? / Apa yang saya perlu buat selepas selesai janji temu menunjuk rumah?

Mula-mula sekali, pergi ke Speedsign.

  • Laman Web: Pergi ke Speedsign dan buat perjanjian sewa.
  • Aplikasi Android: Klik pada garisan mendatar di bahagian kiri atas. Kemudian, klik Speedsign untuk mula proses seterusnya.
  • Aplikasi iOS: Klik pada butang "Lagi" di bahagian bawah. Kemudian, klik Speedsign untuk mula proses seterusnya.

 

BLOG - SPEEDSIGN STEP_MALAY

 

Untuk sebarang bantuan lanjut, sila hubungi bahagian Sokongan Pelanggan kami melalui aplikasi mudah alih atau hantarkan emel ke hello@speedhome.com

 

Bagaimana cara untuk memadam senarai iklan rumah/bilik saya? Setelah log masuk, sila ikuti langkah berikut:

 

Aplikasi

  1. Klik pada ikon "Profil" di bahagian kanan atas
  2. Klik "Senarai Saya"
  3. Klik "Arkib" pada iklan rumah yang anda ingin padam

 

Laman Web

  1. Klik pada ikon "Profil" 
  2. Klik pada 3 garisan bertitik pada gambar senarai iklan anda
  3. Klik "Arkib"

 

Apakah kelebihan yang saya dapat daripada SPEEDHOME? Berikut merupakan kelebihan yang anda peroleh daripada SPEEDHOME

 

  1. Pengiklanan Rumah Percuma 
    Iklankan senarai rumah sewa atau bianda secara percuma.
  2. Perlindungan Sewa sehinga RM42,000
    Dapatkan perlindungan untuk rumah anda dengan Allianz sehingga RM42,000 setelah anda berjaya mendapatkan penyewa dengan platform kami.
  3. Pengutipan Sewa Percuma dan Terima Sewa Segera
    Kami membantu anda mengutip sewa bulanan dan mengingatkan penyewa 3 hari sebelum tarikh pembayaran sewa. melalui WhatsApp dan SMS.. Sila ambil perhatian, kutipan sewa mengambil masa selama 3 hari. Anda juga akan mendapat sewa serta-merta setiap bulan daripada kami tanpa kelewatan walaupun penyewa anda lambat membayar sewa anda pada bulan tersebut.
  4. Bantuan Proses Pengusiran
    Jika penyewa anda gagal menyewa dengan baik,bahagian Operasi kami akan membimbing anda menerusi cara yang betul membuat proses pengusiran penyewa.
  5. Pemeriksaan Penyewa Berperingkat
    Bagi mengelakkan/meminimumkan  penyewa yang melanggar kontrak sewa, kami di SPEEDHOME akan membuat pemeriksaan latar belakang yang ketat terhadap penyewa sebelum mereka menyewa sesuatu unit itu. 

 


Insurans dan Tuntutan


 

Bagaimanakah Allianz melindungi saya? / Apa perlu saya lakukan jika terdapat kerosakan dan kerugian barang-barang serta perabot?

Kami bekerjasama dengan Pelrindungan Insurans Allianz bagi memberikan anda perlindungan sewa sehingga 20x lebih baik daripada deposit tradisional. Bagi perlindungan insurans rumah, anda boleh mendapatkan perlindungan Allianz sehingga RM42,000 apabila anda mula membuat transaksi dengan SPEEDHOME bagi harga sewa dengan kadar antara RM800 sehingga RM5,000.

 

  1. Manfaat kerugian bayaran sewa sehingga 2 bulan sewa: Jika penyewa anda gagal menyewa dengan baik atau lari daripada premis anda
  2. Manfaat tidak keselesaan dan kerosakan kecil: sehingga RM2,000.
  3. Manfaat kecurian atau kerosakan yang tidak disengajakan: sehingga RM30,000
  4. Surat tuntutan: sehingga 2 surat tuntutan

Terdapat 3 jenis plan insurans bagi sewaan kediaman /rumah. Dan berikut merupakan perkara yang dilindungi:

 

Speedhome Insurance Charge

 

Sila ambil perhatian bahawa:

1. Tiada caj lain dikenakan kepada tuan rumah selain daripada caj insurans sahaja.

2. Kos insurans bagi pelan Extended dan Extended+ akan dibahagikan kepada 2 bulan pertama sewa.

3. Insurans bilik sewa adalah opsyenal. Anda boleh memilih samada untuk membeli insurans atau meminta deposit sewa daripada penyewa anda.

4. On-Time Rental membenarkan anda untuk mendapatkan pulangan sewa tepat pada waktunya pada bila-bila masa sepanjang tempoh sewa. 

 

Anda juga akan mendapat salinan digital polisi insurans dalam masa 30 hari bekerja selepas permulaan tarikh perjanjian melalui e-mel.

 

Nota 1: Perlindungan insurans hanya tertakluk kepada tuan rumah yang berjaya membuat transaksi dengan SPEEDHOME sahaja dengan harga sewa antara RM800 sehingga RM5,000 bagi rumah sewa dan RM300 hingga RM1,500 bagi bilik sewa.

 

Nota 2: Pelan insurans hanya tertakluk kepada tempoh sewa selama 12 bulan dan kebawah sahaja.

 

 

 

Bilakah saya akan mendapat salinan polisi Insurans Allianz? Anda akan menerima salinan digital bagi insurans polisi anda. dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh permulaan penyewaan bermula melalui emel.

 

Siapakah yang perlu membayar Insurans Allianz? Anda sebagai tuan rumah perlu membayar kos insurans tersebut. Sila rujuk jadual di bawah bagi kos insurans yang perlu dibayar.

 

BAGI SEWAAN KEDIAMAN STANDARD (12 BULAN):

Kos insurans SPEEDHOME

 

 

BAGI SEWAAN KEDIAMAN TEMPOH PENDEK (3-11 BULAN):

BLOG - SHORT TERM RENTAL_LANDLORD_001_MALAY
 

Nota 1: Perlindungan insurans hanya akan disediakan untuk tuan rumah yang telah selesai membuat transaksi dengan SPEEDHOME sahaja. (harga sewa antara RM800 - RM5000 untuk rumah sewa)

 

Nota 2: Pelan insurans Basic tertakluk kepada tempoh sewa 12 bulan ke bawah. Manakala pelan insurans Extended hanya tertakluk kepada tempoh sewa 12 bulan sahaja. 

 

Berapa lamakah masa tuntutan diambil?

Tuntutan yang dibuat oleh tuan rumah kami adalah 100% diluluskan oleh Allianz General Insurance bagi memberikan ketenangan minda. Berikut merupakan tempoh masa tuntutan yang diperuntukan.

 

Tempoh masa tuntutan SPEEDHOME

 

Sila ambil perhatian bahawa anda hanya mempunyai masa 2 minggu sahaja untuk membuat permohonan tuntutan di atas selepas tarikh perjanjian sewa berakhir. Selepas tempoh 2 minggu, permohonan anda tidak akan dilayan.

 

Sebarang kerugian atau kerosakan akibat apa-apapun  tidak akan dilindungi insurans kecuali yang disebabkan oleh penyewa sahaja. Lihat info lanjut di sini.

 

 

Bagaimanakah proses tuntutan dilakukan?

Untuk membuat tuntutan, anda dikehendaki membuat laporan polis dan menyediakan dokumen sokongan yang relevan. Berikut merupakan beberapa contoh mengenai dokumen sokongan yang diperlukan:

 

BLOG - SHORT TERM_LANDLORD_CLAIM_MALAY


Adalah langkah yang baik jika anda mempunyai banyak gambar yang menunjukkan kerosakan barang-barang dalam rumah supaya pihak Allianz dapat menganalisa tuntutan anda berdasarkan gambar yang diberi.

 

Jika penyewa anda lari atau berpindah tanpa memberi anda sebarang notis terlebih dahulu, sila buat laporan polis dan hantarkan kepada bahagian kewangan kami di finance@speedhome.com. Atau hubungi kami di talian +6018 7777 650 untuk bantuan lanjut mengenai proses tuntutan insurans.,

 


Sewaan Bilik dan Kos Utiliti


 

Bolehkah saya menambah caj utiliti dan internet dalam jumlah sewaan bilik? / Apa patut dilakukan jika penyewa bilik sewa tidak membayar kos utiliti/internet?

Ya, anda boleh dan patut menambah kos utiliti dan internet ke dalam jumlah sewa anda.

 

Nota: Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan perjanjian sewa yang diteliti peguam bertauliah kami bagi melindungi hak anda. 

 

Adakah terdapat had untuk kos utiliti/internet yang termasuk dalam jumlah sewaan?

Ya, ada. Anda harus menganggarkan kos dengan betul. Jika jumlah yang ditetapkan adalah rendah, anda akan mengalami kerugian. Jadi, berhati-hati ketika menggabungkan bil utiliti dan sewa anda!

 

Nota: Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan perjanjian sewa yang diteliti peguam bertauliah kami bagi melindungi hak anda. 

 

Apa yang termasuk dalam kos sewa saya?

Sewa bulanan adalah termasuk kos utiliti, internet dan kos pembersihan sekali sebulan. Sila ambil perhatian jika anda menetapkan harga sewa yang terlalu tinggi, penyewa berkemungkinan tidak akan tertarik untuk menyewa bilik anda. Kami amat menggalakkan supaya anda memeriksa terlebih dahulu harga sewa purata bagi nilai hartanah yang sama di kawasan berhampiran anda sebelum meletakkan harga sewa anda.

 

Bagaimana jika penyewa mengotorkan ruang umum? Siapakah yang akan membersihkannya?

Penyewa perlu bertanggungjawab terhadap bilik masing-masing.

 


Bayaran


 

Adakah perkhidmatan SPEEDHOME percuma? / Berapakah bayaran yang dikenakan untuk menggunakan servis di SPEEDHOME?

Kesemua perkhidmatan (pengiklanan rumah, kutipan sewa bulanan, perkhidmatan previu rumah, perjanjian sewa dalam talian) di platform kami adalah percuma untuk tuan rumah. Kami hanya mengenakan caj insurans sahaja kepada tuan rumah bagi melindungi rumah anda sehingga RM42,000.

 

Bagaimana cara saya menerima pendapatan sewa saya setiap bulan?

Sila rujuk jadual di bawah bagi caj insurans yang dikenakan dan tempoh sewaan..

BLOG - SHORT TERM RENTAL_LANDLORD_001_MALAY

 

Berapakah kos pembaharuan penyewaan?

Kos pembaharuan penyewaan ditetapkan pada kos RM199 + 6% SST dan akan dibayar oleh penyewa.

 

Siapakah yang membayar kos pembaharuan penyewaan?

Penyewa yang akan membayar kos pembaharuan tersebut.

 

Berapa lamakah tempoh sewaan/ perjanjian sewa SPEEDHOME?

Tempoh penyewaan di SPEEDHOME bermula dari tempoh minimum 3 bulan dan boleh dilanjutkan kepada maksimum 12 bulan.

 

Bagaimana cara saya menerima pendapatan sewa saya setiap bulan?

Penyewa anda akan membayar sewa bulanan kepada SPEEDHOME dahulu. Kemudian, kami akan memindahkan jumlah sewa tersebut kepada anda dalam tempoh 3 hari bekerja..

 

Bilakah pihak SPEEDHOME akan mengganti rugi bayaran sewa kepada saya jika penyewa gagal membayar sewa bulanan? / Apa yang akan terjadi sekiranya penyewa saya tidak membayar sewa? / Bagaimana jika penyewa saya lari dan gagal membayar sewa?

Jika penyewa masih belum menjelaskan bayaran sewa pada tarikh yang ditetapkan (seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian sewa) dalam masa 2 minggu dan meninggalkan premis, anda perlulah membuat laporan polis dan memberitahu pihak kami. Kami akan memproses prosedur tuntutan bagi pihak anda.

 

Anda boleh hubungi kami di finance@speedhome.com.

 

Adakah saya akan dimaklumkan jika sewa belum dibayar atau dipindahkan kepada saya?

Ya. Kami akan memastikan anda dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang kelewatan pembayaran melalui SMS., WhatsApp dan panggilan telefon. Anda juga boleh menyemak status sewa anda menggunakan aplikasi mudah alih.

  • Aplikasi Android: Klik pada tiga garisan mendata di bahagian kiri atas. Kemudian, klik pada "Pengurusan Sewa" untuk menyemak status sewa anda.
  • Aplikasi iOS: Klik pada butang "Lagi" di bahagian bawah skrin. Kemudian, klik pada "Pengurusan Sewa" untuk menyemak status sewa anda.

Sila emelkan ke finance@speedhome.com untuk sebarang pertanyaan mengenai rumah sewa anda.

 

Adakah saya perlu membayar SST?

Ya, anda perlu membayar cukai SST hanya jika anda mendapatkan pelan insurans kami sahaja.

 

Nota: Perlindungan insurans rumah adalah tertakluk kepada rumah sewa dengan nilai sewa RM800 ke RM5000.

 


Perjanjian Sewa


 

Di mana/ bagaimana untuk membuat perjanjian sewa?

Pergi ke Speedsign untuk menulis perjanjian sewa.

 

Bagaimana saya tandatangan perjanjian sewa?

Mula-mula sekali, pergi ke Speedsign untuk menandatangani perjanjian sewa 

ATAU

Pergi ke aplikasi mudah alih dan klik pada Speedsign untuk menandatangani perjanjian sewa.

 

Pihak siapakah yang perlu membayar perjanjian sewa?

Penyewa perlu membayar kos perjanjian sewa tersebut.

 

Berapa lamakah tempoh perjanjian sewa di SPEEDHOME?

Tempoh standard penyewaan di SPEEDHOME adalah di antara 6-12 bulan. kami juga menyediakan perjanjian sewa jangka pendek bermula daripada tempoh 3 bulan.

 

Bagaimana SPEEDHOME melindungi saya/ Bagaimana saya mendapat jaminan?

Kami menapis penyewa berpotensi bagi pihak anda dengan melihat sejarah kredit dan melakukan pemeriksaan latar belakang yang ketat terhadap mereka. Selepas mereka berjaya proses tapisan tersebut, anda boleh mula dapatkan Insurans Allianz untuk melindungi rumah anda sehingga RM42,000.

 

Apa perlu dilakukan jika penyewa saya ingin menamatkan kontrak sewa dengan lebih awal?

Sekiranya penyewa anda ingin menamatkan perjanjian sewa lebih awal, mereka perlulah melakukan beberapa perkara berikut:

  • Maklumkan SPEEDHOME dan tuan rumah 2 bulan sebelum tarikh tamat perjanjian sewa.
  • TETAPI jika penyewa anda ingin berpindah segera, mereka perlulah membayar penalti selama 2 bulan sewa.
  • Serahkan kunci rumah setelah berpindah keluar rumah.

 

Adakah perjanjian sewa digital diperakui sah di Malaysia?

 Perjanjian sewa yang ditandatangani secara digital dan salinan stem duti yang dicetak adalah diperakui sah di bawah Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 dan Seksyen 62(2) Akta Tandatangan Digital 1997.

 

Pada dasarnya Seksyen 7 Akta Perdagangan Elektronik 2006 menyatakan bahawa mesej elektronik boleh digunakan untuk menyatakan apa-apa komunikasi yang berkaitan untuk membina suatu pembentukan kontrak.

 

Bagi Seksyen 62 (2) Akta Tandatangan Digital 1997, dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan digital adalah diperakui sah sama seperti dokumen yang ditandatangani dengan tandatangan tulisan tangan, cap ibu jari atau apa-apa tanda lain.

 

 

Iklan Rumah PERCUMA

 

 

comments
0