Ketahui Langkah Mudah Penyediaan Surat Perjanjian Sewa Rumah

 

 Peringatan!

important-1705212_1920

Untuk merangka surat perjanjian sewa rumah secara ringkas, anda perlu ingat untuk memasukkan klausa penafian. Tambahkan satu ayat yang menyatakan bahawa sebarang kesalahan yang terdapat dalam perjanjian ini tidak akan menjejaskan kesahihan perjanjian tersebut. Anda juga boleh merujuk kepada beberapa terma profesional yang digunakan oleh peguam di dalam perjanjian sewa rumah tersebut.

Langkah-langkah merangka perjanjian sewa sendiri:

  1. Namakan dan nyatakan status tuan rumah dan penyewa.
  2. Nyatakan jangka masa tempoh sah laku perjanjian, contoh seperti satu tahun, dua tahun dan lain-lain.
  3. Nyatakan senarai penyelenggaraan yang perlu dibayar oleh tuan rumah dan penyewa. Tentukan larangan seperti larangan haiwan peliharaan dan peraturan larangan yang lain untuk penyewa seperti contoh pemasangan bingkai besi dan lain-lain.
  4. Anda juga boleh memasukkan gambar yang bersesuaian sebagai rujukan untuk menjelaskan keadaan rumah dan meminta penyewa mengenalpasti gambar adalah serupa dengan keadaan semasa penyewa menerima kunci rumah. Tambahan pula, anda boleh memasukkan terma dan syarat tentang ganti rugi yang perlu dibayar oleh penyewa sekiranya sebarang kerosakan berlaku kepada harta benda rumah.
  5. Penyataan bahawa rumah tidak boleh disewa kepada pihak ketiga.
  6. Tuan rumah berhak untuk memeriksa rumah setelah memberi notis 24 jam kepada penyewa. Mangga dan kunci rumah tidak boleh ditukar.
  7. Menyediakan satu senarai peraturan pembaikan. Contohnya melapangkan jalan, pintu masuk dan lain-lain. Memastikan sistem paip, pendingin suhu dan sistem elektrik sentiasa berada dalam kondisi yang baik. Mana-mana kerosakan wajib diberitahu kepada tuan rumah serta-merta.
  8. Menyatakan penalti yang diberi kepada penyewa sekiranya kesalahan dilakukan. Contohnya, cek tendang.
  9. Perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Pembayaran deposit sewa

Sebelum perjanjian ditandatangani, penyewa dikehendaki untuk membayar “Earnest deposit” sebagai yuran penempahan (booking fee) berjumlah sewa satu bulan. Selepas perjanjian ditandatangani, penyewa pula perlu bayar deposit sekuriti yang berjumlah dua bulan sewa.

 lembaga-hasil-dalam-negeri-malaysia-lhdn-logo-8FB0911D5D-seeklogo.com

 

Langkah mematikan setem duti perjanjian sewa rumah

Langkah ini merupakan langkah yang sangat penting untuk menjadikan dokumen ini sah di sisi undang-undang. Ia boleh dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Mudahkan kerja? Upah ejen atau guna SPEEDHOME secara percuma!

Sekiranya anda berpendapat bahawa merangka perjanjian atau mencari rumah untuk disewa adalah terlalu leceh, anda mungkin perlu mengupah ejen untuk melakukan kerja-kerja tersebut bagi pihak anda. Namun begitu, kebanyakan ejen mempunyai draf perjanjian yang perlu anda tahu.

 

 

SPEEDHOME

Ejen

Kebaikan

•Dalam kawalan

•Kenal penyewa

•Penyewaan secara mudah

•Tidak perlu melalui semua proses penyewaan

•Tiada proses pengumpulan data yang leceh (bergantung)

•Ejen yang baik akan tolong menguruskan hartanah anda

•Co-broking dengan ejen

Keburukan

•Perlu menjawab soalan     daripada penyewa

•Perjanjian ditangani tanpa mengenali penyewa

•Perlu membayar upah

 

Speedsign: Revolusi tandatangan perjanjian sewa canggih & mudah!

Mengupah ejen untuk mempromosikan unit anda mungkin boleh meningkatkan kebarangkalian unit anda disewa. Namun begitu, anda dikehendaki  membayar upah ejen tersebut.

 

LOGO - HOUSE ICONSpeedsign adalah sah di sisi undang-undang dan perjanjian sewa rumah dan setem dutinya adalah sah dan tertakluk di bawah Akta Seksyen 7 dalam Akta Elektronik Perdagangan 2006 dan Seksyen 62(2) dalam Akta Tandatangan Digital 1997.

 

Setiap perjanjian yang berjaya ditandatangani akan dicaj RM190 untuk tempoh perjanjian 1 tahun dan RM299 untuk tempoh perjanjian 2 – 3 tahun, termasuk duti setem. Seperti mana yang anda lihat, penggunaan SPEEDHOME tidak memerlukan sebarang kos tambahan. Contohnya, mengiklankan bilik untuk disewa, membayar duti setem dan caj penyediaan perjanjian.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Speedsign, sila muat turun Speedsign dan rangka perjanjian anda di http://getspeedsign.speedhome.com. hari ini!

Sebarang pertanyaan, sila emel kami di hello@speedhome.com.

 

Buat Perjanjian Sewa Sekarang

 

***Tertakluk kepada unit kediaman sahaja***

comments
0