Jom Bongkar "Tricks" Rumah Kekal Kemas Walaupun Anda Sibuk Kerja Office Hour!

 

Kemas rumah? Tiap-tiap hari?! Hemmm lupakan jelah. Terus terang sajalah min cakap, takde siapa pun kat sini yang suka buat kerja rumah. Nak-nak pulak bila korang kerja 9 to 5 ataupun office hour. Memang taklah nak pegang penyapu nak sapu sampah kan. Silap-silap sampai je rumah, terus terbongkang atas katil tertidur sebab penat seharian bekerja.(hihi...min pun kadang-kadang macam tu jugak)

 

2290688775_1ddf42934b_b

 

Tapi lambat-laun, kena jugak bersihkan rumah tu kalau taknak rumah jadi tongkang pecah. Ha itulah, liat lagi nak tolong mak mengemas dulu-dulu (min pun apa kurangnya..hihihi...) Sekarang baru sibuk nak Google cari tips kemas rumah dengan cepat dan mudah.

Persoalannya, ada ke cara mustajab nak kemas rumah pantas dan mudah?

 

Baca: Tips Cari Cleaning Service Yang Tiptop

1. Mulakan dengan perkara kecil dahulu - termasuklah kemas katil anda

 

yasmine-boheas-1286029-unsplash

Jangan ambil ringan perkara yang kecil kerana kadang-kadang benda yang sebesar zarah itulah yang paling penting dan memberi impak yang besar dalam kehidupan kita.

Ianya termasuklah mengemas katil setiap pagi, basuh pinggan mangkuk di dapur setelah selesai makan dan minum. Anda hanya perlukan 5 minit sahaja daripada masa anda untuk mengemas katil setiap pagi sebelum pergi kerja ataupun sebelum ke kelas.

 

stencil.instagram-ad-original

 

2. Have fun bila mengemas!

giphy (12)-1

 

Sambil-sambil mengemas tu apa kata korang menari-nari atau karaoke sikit dalam rumah tu. Ha, barulah tak bosan! Tapi kalau takde MUZIK, macam mana nak have fun kan?

Jangan lupa pasang muzik atau lagu kegemaran korang ketika mengemas sebab  muzik akan membuatkan korang 10 kali ganda rasa lebih seronok!

 

3. Buat senarai pendek sebelum mengemas

icon-2967800_960_720Sebenarnya tak susah pun kalau korang nak bagi rumah korang kemas dan bersih. Cuma sediakan checklist pendek dan pastikan korang buat satu-persatu bila nak mengemas tu.

Kat sini min nak share cara korang boleh bahagikan tugas utntuk jadikan proses mengemas rumah ni efektif.

i)   Tugas harian - kemas katil atau cuci pinggan

ii)  Tugas mingguan - Vakum, sapu sampah dan lap habuk

iii) Tugas bulanan - Lap bilah-bilah kipas atau tukar cadar tilam

iv)  Tugas tahunan - cuci karpet atau tukar langsir

Ha kan senang tu! Kategorikan semua perkara ikut kesesuaian korang lebih mudah.

 

4. Jangan lupa simpan alat kelengkapan mencuci kat rumah!

Spring-Cleaning

Ye tau korang tak suka mengemas, tapi janganlah sampai perkara asas mengemas rumah pun langsung takde. 

Pastikan sekurang-kurangnya alat mengemas seperti penyapu, mop, vakum, berus pembersih tu ada kat rumah.

Dan jangan lupa jugak beli dan simpan heavy duty sponge untuk sental kotoran degil. Pemberus gigi lama pun berguna jugak untuk bantu anda mencuci tempat yang sempit dan susah nak cuci tu.

 

 

 

5. Target untuk selesaikan tugas, bukan sempurnakan tugas.

habitus

 

Jangan buang masa dengan membersihkan hanya satu-satu tempat terlalu lama dan mengabaikan kawasan yang lain dan akhirnya satu rumah anda tak bersih. 

 

Ingat, tujuan korang adalah untuk menjadikan amalan mengemas rumah sebagai satu tabiat dan mengelakkan rumah korang daripada bersepah macam tongkang pecah.

Cukuplah sekadar jika anda mampu mengemas satu atau dua bilik dalam masa yang sama dan jangan memaksa diri untuk mengemas keseluruhan rumah.

 

Upah Tukang Cuci Sekarang

comments
0