Elak Kena Tipu! - Tips Sewa Rumah Kali Pertama

 

Pertama kali nak sewa rumah?

 

Tak tahu nak mula dari mana untuk cari rumah sewa?

 

Risau kena game dengan scammer rumah sewa?

 

Faham sangat masalah korang tu. Sebab dulu min pun macam tu jugak. 

 

Bayar sewa mahal-mahal tapi tak setimpal dengan rumah yang kita dapat. Dalam gambar lain, bila tengok depan mata, lain pulak jadinya!

 

Jom baca tips sewa rumah bagi korang yang baru kali pertama nak menyewa tu.

 


 

1. Nak cari rumah sewa kat mana?

thinkBanyak je cara nak cari rumah sewa zaman sekarang ni. Kalau dulu-dulu, korang kena round satu taman dekat kawasan yang korang target nak sewa tu. 

 

Tapi dengan adanya kelebihan teknologi zaman sekarang, korang hanya perlukan internet dan telefon ataupun laptop untuk mula google rumah sewa yang korang nak menyewa.

 

Taip je “rumah sewa” dan akan ada banyak cadangan google bagi kat korang nanti. Tapi hati-hati kalau nak menyewa dengan platform sewa rumah. Pastikan platform sewa rumah tu legit dan berdaftar. Antara contoh platform sewa rumah yang popular adalah SPEEDHOME, mudah,ataupun Facebook group rumah sewa.

 

Lepas korang dah survey rumah sewa yang nak duduk tu, pastikan korang buat janji temu dengan owner rumah untuk tengok rumah dulu sebelum bayar duit booking! Tak pasal-pasal kalau dah transfer duit booking nanti, tengok-tengok rumah tu tak wujud pun sebenarnya. 

 

2. Tengok & periksa rumah

house viewing

Masa korang pergi tengok rumah, pastikan keadaan rumah tu macam mana dulu. Tanya kepada owner atau master tenant  siapa akan bertanggungjawab kalau ada kerosakan barang dalam rumah, kos penyelenggaraan terutama sekali untuk kondo/apartment dan lain-lain.

 

Jangan lupa tanya daripada sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar perkara supaya tiada masalah yang timbul nanti.

 

Kalau korang puas hati dengan rumah sewa tu, barulah korang proceed langkah seterusnya.



3. Tetapkan harga sewa bulanan

deal

Inilah masanya untuk korang cuba nego dengan tuan rumah mengenai harga sewa bulanan.

 

Pastikan kos sewa yang korang kena bayar tiap-tiap bulan berbaloi dengan fasiliti dan kelengkapan yang owner bagi. 

 

Bincang jugak bila tarikh pembayaran sewa dan tempoh masa untuk beri notis keluar rumah kalau korang nak pindah nanti.

 

4. Balik, bincang dan fikir dahulu

discussing

Rumah dah elok, harga sewa pun okay. Tapi kalau nak sewa setahun atau lebih, berbaloi tak duduk situ tapi rumah tak fully furnished walaupun rumah besar dan selesa?

 

Sabar dulu, jangan seronok sangat sampai kelabu mata, terutama sekali untuk student yang nak menyewa ramai-ramai dengan kawan-kawan. Bincang dulu dengan kawan-kawan yang lain dan seeloknya ajak semua kawan-kawan yang nak sewa sekali tu pergi tengok rumah jugak supaya korang boleh dapat kata sepakat.



5. Pastikan ada perjanjian sewa rumah

sign agreement v1

Walau apa pun yang terjadi, pastikan tuan rumah atau master tenant buat perjanjian sewa (tenancy agreement) untuk korang.

 

JANGAN MENYEWA KALAU TIADA KONTRAK SEWA YANG SAH! Ingat tu.

 

Korang tahu tak, 90% kes aniaya untuk rumah sewa berlaku sebab puncanya tak ada perjanjian sewa antara penyewa dan tuan rumah.

 

Jadi, pastikan korang sign kontrak sewa dulu sebelum buat sebarang pembayaran kepada tuan rumah.

 

BACA: Penting Ke Perjanjian Sewa Rumah?

 

6. Bayar booking dan sewa bulanan melalui bank transfer, bukan cash

atm machinePaling penting sekali untuk buat option nak bayar booking sebelum masuk rumah sewa atau bayar sewa bulanan melalui bank. Kenapa? Apa rasionalnya?

 

Supaya korang boleh tahu yang pemegang akaun rumah sewa tu adalah betul dan ada rekod dengan bank.

 

Selain itu juga, rekod pembayaran korang juga akan automatik tercatat dalam akaun korang. Jadi takkan timbul isu terlupa nak simpan resit pembayaran untuk diberi kepada tuan rumah.

 

 

 

7. Perlu ke bayar deposit rumah sewa?

thinking

Memang leceh bila kena bayar duit deposit sebelum masuk rumah sewa. Tapi nak buat macam mana, kebanyakan tuan rumah memang akan minta wang deposit untuk lindungi rumah sewa diorang.

 

Tapi tak semua owner yang minta wang deposit sebab platform SPEEDHOME bagi anda kelebihan untuk sewa rumah ZERO DEPOSIT

 

Yeke? Biar betul…

 

BACA: Perlu Ke Bayar Duit Deposit?

 

8. Sewa tanpa bayar deposit sekarang!

Dengan SPEEDHOME, memang anda boleh sewa rumah tanpa bayar satu sen pun duit deposit.

 

Anda hanya perlu bayar sewa bulan pertama + RM399 kos perjanjian sewa (dan 6% cukai SST) untuk mula menyewa Zero Deposit dengan SPEEDHOME.  Itu sahaja. 

 

 

tenant new zero deposit

Tak perlu lagi bayar deposit sewa  2+1 yang mahal sampai makan ribuan ringgit untuk masuk menyewa je. At least  korang boleh simpan duit dan berjimat bila tak dikenakan deposit rumah.

 

 

Sewa Rumah ZERO Deposit Sekarang

comments
0