Gaji Ciput, Barang Mahal. Macam Mana Nak Simpan Duit Tiap Bulan?

 

Min pasti korang kat luar sana mesti ada masalah nak simpan duit tiap-tiap bulan terutama sekali bagi golongan anak muda, kan?

 

giphy (8)-1

Kali ini min nak rest sekejap daripada cerita pasal hartanah dalam blog ini dan nak kongsi dengan anda semua serba sedikit tentang aspek kewangan. Yelah, macam mana korang nak beli rumah kalau duit simpanan pun takde kan?


Buat pengetahuan anda, min selalu terima private message daripada followers  dalam Facebook SPEEDHOME


Boleh dikatakan separuh yang bertanya mengalami masalah kewangan. Dan ramai juga yang masih lagi gagal untuk menguruskan duit secara betul.


Hakikatnya, tabiat menyimpan duit boleh dipupuk dengan mengamalkan teknik dan cara yang betul.


Ada Ke Teknik Berkesan Simpan Duit (Walaupun Gaji Ciput)?

 

arif-riyanto-1097354-unsplash

Mestilah ada! Orang tua-tua cakap; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau korang betul-betul disiplin ketika menyimpan duit, sudah tentulah ada hasilnya nanti. Yang penting anda kena DISIPLIN untuk simpan duit setiap bulan.


Teknik #1 - Main Kutu

Teknik yang paling digemari ramai orang sejak dari zaman dahulu dan masih relevan diamalkan dalam kalangan masyarakat sekarang.


Ini bukan kutu kat rambut tu tau. Min pun tak pasti kenapa orang dulu-dulu panggil duit kutu. Apa-apapun, nak main kutu ni senang je. Cuma korang kena pastikan korang ada sebuah kumpulan kecil yang boleh dipercayai.


Maklumlah, main duit kutu tak dibenarkan undang-undang kerana melibatkan kutipan deposit daripada individu secara tidak sah dan keseronokan mendapat duit yang banyak sekaligus menjadi punca utama mengapa bermain duit kutu ni agak berisiko.


Tetapi jika anda dapat satu geng sekepala & semuanya jujur, insyaAllah main kutu ni sangat best dan elemen membentuk disiplin ada di situ sebab setiap individu akan dikerah oleh seorang ketua yang dilantik untuk mengutip duit pada setiap bulan.

Tapi min nak pesan jugaklah beberapa tips sebelum buat keputusan mian kutu ni:

  1. Join kumpulan yang bersaiz kecil antara 5-10 orang. Kurang risiko dan giliran korang dapat duit pun cepat.
  2. Pastikan ketua dan ahli kumpulan terdiri daripada orang yang kita kenali dan percaya. Sekurang-kurangnya dapat elakkan kes yang tak diingini seperti kes cabut lari selepas dapat duit berlaku.
  3. Cari kumpulan yang tak kenakan bayaran tinggi. Lagi tinggi bayaran, lagi tinggi risiko.

 

Teknik #2 - Duit Ganjil

Antara teknik yang popular dan tular di laman media sosial terutama sekali di Facebook. Ramai anak muda suka dengan cara ini kerana ianya tidak membebankan dan boleh dibuat apabila korang mendapat wang yang jarang korang jumpa.


Sebagai contoh, wang kertas RM5 atau RM20. Setiap kali korang dapat duit rare macam ni, cepat-cepat asingkan dan simpan dalam tabung anda.


Tetapkan tempoh untuk korang menyimpan wang tersebut. Kemudian, di akhir tempoh yang ditetapkan, cuba kira semula wang terkumpul dan korang pastinya akan senyum lebar melihat jumlah yang banyak.


Tak dinafikan memang seronok bila menyimpan dengan teknik ni dan tambah lagi seronok bila korang menabung dengan ahli keluarga korang atau pun bakal suami/isteri untuk tabung kahwin. Alahai sweet nyeeee....


Baca: Tahu Tak Anda Boleh Guna Simpanan KWSP untuk Beli Rumah!

 

Teknik #3 - Peraturan 30 Hari

Mesti ada ramai yang tak pernah dengar teknik ni kan? Senang je kalau korang nak amalkan.

Kalau korang nak belajar bersabar dan lebih berdisiplin dalam kehidupan, cuba teknik ni untuk simpan duit. Caranya adalah apabila anda ingin beli sesuatu yang mahal, cakap kat diri sendiri bahawa anda perlu tunggu 30 hari lagi untuk buat keputusan.

 

Sebagai contoh:

  • Min dapat gaji RM3,000 sebulan.
  • Suatu hari min ternampak sebuah jam tangan mahal berharga RM650 (kira mahal lah tu ikut bajet min...hehe...)
  • Selepas tolak gaji, min masih ada baki RM2,350. Banyak lagi tu duit!
  • Tetapi min akan pesan dekat diri sendiri untuk hold dulu sebab “Aku perlu tunggu lagi 30 hari sebelum buat keputusan beli jam tu.”
  • Selepas 30 hari, biasanya min akan terlupa pada jam tangan tu dan pada masa sama, min akan cari jalan untuk simpan duit supaya duit min nampak macam tak cukup dan berkurang.
giphy (9)-1

Nampak tak macam mana min “tipu” otak min supaya tak terburu-buru beli sesuatu yang bukan keperluan. Berkesan tau! Hehehehe...


Teknik #4 - Paksa Rela

Nama teknik ni adalah paksa rela kerana kita akan dipaksa untuk menyimpan dalam apa jua keadaan sekalipun.


Teknik ni selalunya akan terjadi apabila kita membuat pinjaman peribadi dengan bank seperti ASB Financing atau loan ASB.


Teknik berhutang untuk menyimpan ini perlu tinggi disiplinnya kerana anda berhutang dengan bank dan sekiranya bayaran korang tak cantik, memang laporan kredit CTOS/CCRIS korang akan cacat dan mengakibatkan korang susah nak buat pinjaman rumah atau kereta kelak.


Satu lagi perkara anda kena tahu adalah mengenai Debt Service Ratio (DSR) apabila telah mula membuat teknik ini.


“Debt Service Ratio (DSR) adalah satu kadar yang menjadi penanda aras kepada setiap bank untuk mengetahui kemampuan seseorang untuk membuat pinjaman berpandukan gaji seseorang individu itu sebelum pihak bank meluluskan permohonan pembiayaan anda."


Semakin tinggi DSR, semakin kecil peluang untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman lain yang dipohon.

Jadi sekiranya anda ingin mengikut teknik ini, pastikan anda membuat pembayaran tepat pada waktunya dan selesaikan pembayaran dalam jangka masa pendek sahaja.


Teknik #5 - Auto Deduction

Teknik yang dilakukan tanpa anda sedar kerana melibatkan pemotongan gaji/pendapatan secara automatik (auto deduction) untuk tujuan simpanan.

 

Sekiranya anda berminat dengan teknik ini, anda bolehlah membuat permohonan dengan pihak bank untuk menolak sejumlah wang pada setiap bulan untuk disimpan.


Jika anda ingin menyimpan ke dalam ASB atau Tabung Haji, anda boleh mengarahkan pemotongan tersebut kepada majikan anda untuk membuat potongan terus ke akaun ASB atau Tabung Haji.


Dalam erti kata lain, anda membuat simpanan anda tanpa sedar. Tapi kalau korang rasa dah boleh disiplin dalam menabung, anda boleh membuat pindahan sendiri melalui online banking sahaja.


Kesimpulan

Min berharap korang semua akan terbuka minda dan tak perlu kusut lagi jika ingin mulakan langkah menyimpan duit walaupun gaji korang sedikit.

banking-cash-deposit-1602726

Jangan jadikan alasan gaji sedikit untuk tidak menyimpan langsung kerana kita tidak dapat menjangkakan masa depan kita.


Setiap cara dan teknik mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jadi, terpulanglah kepada anda untuk memilih teknik yang bersesuaian dengan keselesaan anda asalkan tidak membebankan dan teruskan menyimpan untuk hari muka anda juga.

 

Dan kalau korang sudah bekerja dan berkeinginan nak beli rumah, apa kata korang cuba check penyata akaun simpanan KWSP korang untuk tujuan beli rumah. Confirm korang akan lagi happy sebab banyak duit boleh jimat sebab keluarkan simpanan KWSP!

 

Klik Untuk Maklumat Lanjut

comments
0