"Dasar Penyewa Neraka!" - 5 Tips Elak Dapat Penyewa Dari Neraka

christian-erfurt-sxQz2VfoFBE-unsplash

Jarang-jarang sekali tuan rumah nak dapat penyewa yang tak buat hal.

 

Kalau korang sebagai tuan rumah dapat, tolonglah bersyukur dan jangan sesuka hati nak naikkan harga rumah sewa atau bagi masalah kat penyewa pulak.

 

Bukan senang tau nak dapat penyewa yang tak bagi masalah kat tuan rumah ni.

 

Macam-macam kes kita dah dengar dan baru-baru ni pun ada kes tuan rumah dapat penyewa yang buat rumah dia macam kandang lembu. Habis semua barang-barang dalam rumah rosak dan kotor dia, tahap loji najis lah!

 

54210503_856622328013204_5091153949487005696_n

 

27073376_597379233937516_3506497233846243410_n-1

Pening kepala tuan rumah kalau dapat penyewa pengotor macam ni. Kos mesti tinggi nak repair semua benda ni!

 

BACA: Undang-Undang Sewa Rumah: Beban atau Berbaloi?

 

Apa Sebab Penyewa Anda Buat Perangai?

Nak cari penyewa memang mudah, tetapi nak dapatkan penyewa yang betul-betul menjaga rumah kita memang susah.

 

Ikut nasib korang la kalau dapat penyewa dari syurga ni. Tapi takkan la nak bergantung dengan nasib je kan. Sampai bila-bila pun rumah korang akan sentiasa dihuni dengan makhluk-makhluk tak bertanggungjawab kalau tak berusaha cari penyewa dengan betul.

 

Kepada tuan rumah kat luar sana, boleh follow tips kat bawah untuk elakkan “penyewa dari neraka” ni.

 

 

TIP #1: Interview dengan bakal penyewa

Kalau korang nak selamat, tolong jangan skip proses ni.

 

Inilah peluang korang untuk betul-betul kenal dengan bakal penyewa rumah korang. Daripada pertemuan inilah korang boleh tengok dan kaji latar belakang dan perwatakan mereka.

 

Banyak perkara korang boleh tanya kepada mereka seperti contoh:

  • Pekerjaan penyewa
  • Bajet sewa rumah
  • Sebab berpindah
  • Berapa orang penghuni yang bakal menetap dalam rumah
  • Berapa lama tempoh nak menyewa

 

Konsep interview bakal penyewa ni macam proses HR nak kenal dengan bakal pekerja syarikat lah. Mestilah kita nak tahu sama ada bakal penyewa kita tu merupakan calon penyewa yang tepat dan sesuai untuk menghuni rumah kita.

 

Berdasarkan cara mereka jawab soalan-soalan ni, korang dah boleh dapat gambaran macam mana perwatakan mereka dan boleh mula buat tapisan kat situ.

 

 
TIP #2: Buat borang permohonan rumah sewa

Korang jangan anggap benda ni kelakar pulak walaupun nak masuk menyewa rumah je. 

 

Rentetan daripada proses interview tadi, korang boleh sediakan satu borang permohonan untuk bakal penyewa isi sebelum atau semasa mereka datang tengok-tengok rumah.

 

Korang boleh dapatkan maklumat asas bakal penyewa contoh seperti nama, nombor telefon, negeri asal dan lain-lain yang menjadi keperluan korang.

 

Jangan fikir nak cepat-cepat dapat penyewa je. Tanya jugak soalan kat bawah ni untuk pengetahuan korang:

  • Merokok ke tak
  • Ada bela haiwan peliharaan
  • Pernah ada rekod jenayah atau dadah sebelum ni
  • Tujuan pindah rumah

 

Tak menjadi kesalahan untuk korang mintak bakal penyewa sertakan maklumat penting seperti maklumat pekerjaan dan alamat majikan serta nombor telefon tuan rumah terdahulu (jika ada).

 

 

TIP #3: Bagitahu penyewa mengenai syarat menyewa rumah dengan jelas dan terperinci

Kebanyakan tuan rumah akan kenakan bayaran deposit untuk lindungi hak tuan rumah. 

 

Selalunya tuan rumah akan kenakan deposit 2 bulan (link to jenis2 deposit) in advance sebagai duit cagaran dan pastikan penyewa jelas dengan konsep duit deposit ni. Wang cagaran bukannya advance payment untuk sewa bulan-bulan terakhir ye. Jangan salah tafsir pulak.

 

Maklumkan juga kepada penyewa bahawa mereka perlu menandatangani kontrak perjanjian sewa rumah (tenancy agreement) dan wajib patuhi segala peraturan yang ditetapkan dalam kontrak tersebut. 

 

Tapi kalau ada yang mempersoalkan hal ini, korang sebagai tuan rumah dah boleh agak dah penyewa tu macam mana dan korang memang patut rasa sangsi dengan orang-orang macam ni. 

 

BACA: Perlu Ke Bayar Duit Deposit?

 

TIP #4: Inspect  rumah semasa serah kunci

Semasa proses serah kunci rumah kepada penyewa, tuan rumah dan penyewa boleh inspect rumah bersama-sama.

 

Perkara ini bertujuan untuk elakkan pertikaian di kemudian hari antara tuan rumah dengan penyewa terutama sekali mengenai claim duit deposit.

 

Korang boleh tangkap gambar rumah sebelum korang bagi menyewa dan simpan gambar-gambar tersebut untuk perlindungan masa depan korang. Kalau jadi apa-apa, senang dah ada bukti.

 

 

TIP #5: Guna pakai undang-undang. WAJIB!

Tak dinafikan proses tapisan penyewa sangat penting untuk elakkan penyewa dari neraka. Tapi lebih berkesan kalau korang selarikan dengan undang-undang sewa kediaman dan buat rental agreement jugak.

 

Korang boleh buat tenancy agreement sendiri untuk lindungi hak korang sebagai tuan rumah. Kalau nak padu lagi, boleh dapatkan bantuan peguam bertauliah untuk draf perjanjian sewa.  

 

Tapi kalau korang tak cukup bajet untuk upah peguam hartanah, korang boleh jugak download contoh perjanjian sewa kat bawah ni secara percuma je. Kesemua syarat dan istilah undang-undang yang sah dah siap tersedia untuk korang. Tinggal nak copy, edit & paste je ikut kesesuaian masing-masing.

 

Lepas dah buat tenancy agreement, jangan lupa buat 2 salinan untuk simpanan penyewa dan tuan rumah. Hal ini supaya mereka tahu apa akan jadi kalau mereka cuba-cuba untuk buat hal.

 

---

Pendek kata, kalau korang nak elak dapat penyewa daripada neraka, ada baiknya korang ikut tips-tips kat atas. 

 

Mungkin dengan cara yang dikongsikan bakal ringankan beban tuan ruamh sekalian.

 

Muat Turun Perjanjian Sewa Rumah PERCUMA
comments
0