Cara Berkesan Tulis Keterangan Rumah Sewa Untuk “Jual” Unit Anda Dengan Cepat (berserta contoh!)

Rumah sewa korang masih belum ada penyewa? Dah banyak tempat dah iklankan pasal rumah sewa tapi sorang pun tak melekat nak menyewa rumah korang?

 

Mungkin cara  korang tulis keterangan dan butiran untuk rumah sewa tu kurang berkesan nak tarik perhatian penyewa untuk menyewa.

 

Sama macam pemilik rumah, mestilah penyewa curious nak tahu jenis fasiliti dan maklumat mengenai rumah yang diorang nak menyewa kan? 

 

Tapi kalau bakal penyewa baca description korang yang berterabur dan membosankan, memang besar peluang diorang akan skip je rumah korang dan sebab tulah takde sorang pun penyewa yang berminat nak menyewa rumah korang.

 

Bayangkan korang tulis butiran rumah sewa macam ni:

 

Apartmen di Petaling Jaya- Fully furnished- internet percuma- sekuriti 24 jam - persekitaran yang mesra alam - berdekatan LRT - penghawa dingin - meja makan dengan kerusi - langsir - almari- kipas siling - meja kopi - kabinet tv - sofa - tilam - peti sejuk-”

 

Sampailah anda tulis satu karangan yang sama dan berulang-ulang macam ni.

 

Susah nak baca dan bosan kan?

 

Nak tahu macam mana cara tulis keterangan dan butiran rumah sewa supaya nampak lagi menarik dan berkesan?

 

Contoh Keterangan Butiran Rumah Yang Berkesan
  • Apartmen berkelengkapan penuh di Petaling Jaya
  • Internet percuma
  • Kawalan keselamatan 24 jam



Sebuah apartmen yang moden dan selesa di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan kemudahan akses ke KL sentral dengan pelbagai kemudahan pengangkutan seperti LRT, KTM, ETS dan monorel.



Secara ringkasnya, keterangan anda perlulah pendek dan senang untuk dibaca.  

 

4 poin pertama dalam keterangan anda akan menarik perhatian penyewa untuk terus membaca sehingga ke penghujung ayat. Jadi apabila anda sudah menarik perhatian mereka, barulah anda boleh membuat sebuah ringkasan yang padat dengan informasi untuk pengetahuan penyewa dengan lebih lanjut.

 

Ayat pertama yang mengandungi ciri-ciri yang menarik seperti “kemudahan akses ke KL Sentral“ dan gunakan perkataan seperti “kediaman moden & selesa” untuk tarik perhatian bakal penyewa.

 

Masih tak pasti bagaimana nak mula? Jangan pening-pening. Kat sini kita akan tunjuk contoh macam mana nak tulis keterangan rumah sewa dengan teknik berkesan!

 

#1: Tanya diri anda 3 soalan ini

Okay, sebelum anda mula menulis keterangan rumah sewa anda, tanya 3 perkara ini:

  • Apakah perkara yang saya suka mengenai kawasan kejiranan saya?
    • Apakah ciri-ciri unik/aktiviti yang anda suka tentang kawasan ini?
    • Sebagai contoh: berdekatan dengan taman rekreasi, taman burung, rumah dengan konsep binaan klasik
  • Apakah aktiviti/ kemudahan asas yang ada di kawasan kejiranan saya?
  • Adakah kawasan ini mudah diakses?/ Apakah pengangkutan awam yang ada di sini? / Apakah lebuh raya yang berdekatan dengan kawasan ini?
    • 5 minit berjalan kaki ke Bukit Bintang
    • 20 minit jarak memandu ke lapangan terbang
    • ...mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan ke Kuala Lumpur dengan menaiki LRT

 

#2: Format

Kalau anda masih ingat format menulis karangan waktu zaman sekolah dahulu, pastinya kita mulakan dengan pendahuluan, isi dan diakhiri dengan kesimpulan kan. Sama juga dengan keterangan rumah sewa.

 

Keterangan rumah yang berkesan adalah apabila anda menulis dengan format yang betul. Jadi pastikan anda susun maklumat anda dengan betul. Tapi ingat! Jangan pula buat dalam bentuk karangan. Buat dalam bentuk point form. Sebagai contoh:

 

Sampel format:

  • Ringkasan umum penyenaraian anda
  • Fasiliti menarik atau aksesibiliti yang terdapat berdekatan rumah anda untuk ditulis di dalam iklan rumah 
  • Kenyataan ringkas yang dapat disimpulkan berdasarkan kesemua yang di atas.

 

Contoh:

i. Pendahuluan

Terletak di tengah-tengah Bandaraya Petaling Jaya, apartmen yang serba lengkap ini hanya berada 5 minit dari lebuhraya KESAS dan NKVE. Kawasan kejiranan ini mempunyai pelbagai tarikan aktiviti seperti bowling, pusat beli-belah dan lain-lain.

 

ii. Isi 1  (poin paling menarik)

Fakta menarik! Terdapat sebuah pusat rekreasi Jumpstreet Asia yang terkenal dengan trampolin dan permainan dodgeball berhampiran dengan kawasan apartmen.

iii. Isi 2

Selain itu terdapat juga sebuah taman tema kanak-kanak terkenal dan berdekatan iaitu Kidzania KL khas untuk anak-anak anda bersuka-ria. 

 

iv. Penutup/Kesimpulan

Sama ada anda berkeluarga kecil atau golongan profesional, pelbagai perkara yang boleh anda lakukan di sini - hanya beberapa minit sahaja daripada kediaman anda!

 

Kemudian, gabungkan keseluruhan maklumat yang anda telah tulis dalam satu ringkasan pendek dan padat untuk bakal penyewa anda baca dan lebih tertarik untuk menyewa.

 


 

Tapi kalau anda nak senang lagi, gunalah SPEEDHOME sebab dalam SPEEDHOME, kami akan mudahkan cara untuk anda iklankan rumah sewa anda tak sampai 24 jam pun! 

 

Perbaiki Iklan Rumah Saya Sekarang
comments
0