Renting tips, tricks and our latest updates

Berhati-hati Dengan “Scammer” Sewa Rumah

May 6, 2019 10:59:37 AM / by Zulaickha Zainaldin

Menjadi lumrah setiap orang ingin memiliki sesuatu benda yang cantik dan sedap mata memandang. Tambahan lebih menarik sekiranya benda yang diidamkan dapat dimiliki dengan harga yang rendah.

sharon-mccutcheon-552616-unsplash

Kes yang bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat kita sekarang terutama dalam hal sewaan kediaman adalah mengenai “scam” atau kes tipu wang deposit sewa rumah yang sudah pun berleluasa sejak bertahun-tahun lamanya.  


Dalam zaman teknologi serba maju dan canggih ini, terlampau banyak kes penipuan telah berlaku yang melibatkan penyewa kehilangan duit deposit secara dalam talian di mana modus operandi mereka aktif bergiat di dalam platform sewa rumah.


Modus operandi mereka seperti mengiklankan bilik yang lengkap dengan perabot, selesa dengan pelbagai kemudahan dan pada harga murah dan tak masuk akal untuk tujuan memancing bakal penyewa. Akhirnya, duit deposit penyewa lesap dalam sekelip mata selepas transaksi dilakukan dan kononnya “tuan rumah” itu akan block nombor empunya wang.

Antara contoh-contoh scammer melakukan bisnes terkutuk mereka:

scam 2

Siap bermain sumpah lagi dengan nama ALLAH!

Scam 3

 

Lagi kes scammer tak berhati perut!

scam

 

scam lagi

scam lagigi

Tips untuk elak ditipu scammer sewa rumah atau sewa bilik:

  • Scammer atau penipu biasanya akan letak harga sewa di iklan lebih rendah daripada market sewa, jadi periksa dulu rumah tersebut sebelum buat apa-apa pembayaran.
  • Jangan bank-in deposit rumah sewa atau bilik sewa sebelum tengok rumah yang nak disewakan
  • Tanya penyewa dalam rumah dan juga jiran sekeliling mengenai rumah yang bakal disewakan.
  • Periksa bil api dan air rumah yang nak disewakan untuk elakkan anda tertipu dan terpaksa menanggung bil utiliti yang banyak.
  • Pastikan lepas selesai buat pembayaran deposit, anda terus dapat kunci rumah dan test jika kunci tersebut sesuai dengan pintu rumah yang nak disewakan.

 

Boleh Tak Kalau Saya Nak Menyewa Tanpa Bayar Deposit?

giphy (1)-2

Kebiasaannya kita akan dengar berbagai-bagai jenis deposit sewa rumah atau bilik sebelum anda mula berpindah masuk ke dalam satu-satu premis tersebut.

 

Dan deposit juga terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu deposit sewa rumah dan deposit bil utiliti.

 

Tetapi memang susah untuk orang ramai percaya bahawa sewa tanpa sebarang bayaran deposit juga tidak mustahil lagi zaman sekarang ni.

 

Sewa Rumah/Bilik Tanpa Deposit Sekarang dengan SPEEDHOME!

LOGO - ROUND

Rugi kalau anda semua tak tahu apa itu SPEEDHOME! Kalau anda nak tahu, banyak kebaikan SPEEDHOME sediakan untuk tuan rumah dan penyewa seperti tiada sebarang deposit dikenakan ketika menyewa.

 

Anda juga akan berurusan terus dengan pemilik rumah dan bukannya melalui agen. Jadi, tak jadi isu seperti kes tipu duit sewa berlaku.

 

Dan yang paling menarik selain sewa tanpa deposit, SPEEDHOME juga uruskan kontrak rumah bagi pihak tuan rumah. Jadi, kepada tuan rumah di luar sana dah tak perlu pening kepala lagi untuk tulis surat perjanjian sendiri. Semuanya SPEEDHOME yang uruskan dan dilakukan dalam talian. Tak perlu susah-susah tuan rumah nak berjumpa dengan penyewa untuk tandatangan kontrak rumah.



Boleh Percaya Ke? Macam Scam Je…

Mesti anda semua tertanya-tanya, betul ke apa yang dikongsikan? Dengar macam semuanya indah belaka atau orang barat cakap “too good to be true”.

Percayalah benda ini semua benar belaka dan kalau anda masih skeptikal dan nak tahu dengan lebih lanjut lagi, anda boleh layari laman web SPEEDHOME dan lihat sendiri senarai pemilik rumah dan testimoni yang ada.

 

Muat Turun Aplikasi SPEEDHOME Di Sini!

googleplayicon

ios



Topics: scammer, kes tipu duit sewa, penyewa teraniaya

Zulaickha Zainaldin

Written by Zulaickha Zainaldin

Subscribe to Email Updates

Lists by Topic

see all

Posts by Topic

See all

Recent Posts