Renting tips, tricks and our latest updates

Penting Ke Perjanjian Sewa Rumah?

Apr 17, 2019 10:00:00 AM / by Zulaickha Zainaldin

 

Perjanjian sewa rumah adalah sangat penting kepada tuan rumah dan penyewa. Sebagai tuan rumah, anda pastinya mahukan harta anda dilindungi daripada sebarang risiko sepeti kerosakan ataupun kecurian.

Dan sebagai penyewa pula, anda semestinya ingin melindungi kepentingan anda semasa tempoh penyewaan supaya deposit anda juga dapat dilindungi dan mengelakkan sebarang tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pemilik rumah.

cathryn-lavery-67852-unsplash

Oleh itu, ianya sangat penting untuk menulis sebuah perjanjian sewa dengan betul dan berkesan.

Malahan, mengupah peguam untuk menyediakan perjanjian penyewaan adalah salah satu cara terbaik bagi tuan rumah untuk memastikan segala maklumat yang penting terkandung di dalam perjanjian kerana kebanyakan daripada kita tidak mahir dalam menulis perjanjian sewa yang betul.

Untuk pengetahuan anda, terdapat penyeragaman dari segi caj bayaran perjanjian sewa rumah dan berikut adalah panduan untuk rujukan anda:

 

Bayaran Yuran Guaman Perjanjian Sewa Rumah Bagi Tempoh 3 Tahun ke Bawah:

  • Bagi sewa RM10,000 yang pertama - 25% daripada sewa bulanan
  • Bagi sewa RM9,000 seterusnya - 20% daripada sewa bulanan
  • Bagi sewa melebihi RM100,000 - harga boleh runding

 

Bayaran Yuran Guaman Perjanjian Sewa Rumah Bagi Tempoh 3 Tahun ke Atas:

  • Bagi sewa RM10,000 yang pertama - 50% daripada sewa bulanan
  • Bagi sewa RM9,000 seterusnya - 20% daripada sewa bulanan
  • Bagi sewa melebihi RM100,000 - harga boleh runding

 

Duti Setem Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

  • Sewa untuk setiap RM250 melebihi sewa RM2,400
  • Kurang daripada 1 tahun: RM1
  • Antara 1 hingga 3 tahun: RM2
  • Lebih daripada 3 tahun: RM3
  • Sewa tahunan RM2,400 ke bawah: Tiada setem duti dikenakan

Sebagai contoh, sewa bulanan RM1,000 dalam tempoh setahun:

Yuran guaman: RM1,000 x 25% = RM250

setem duti: [RM12,000 (sewa bulanan) - RM2,400] / RM250 x RM1 (setahun) = RM38.40 > RM39

Oleh itu, jumlah yuran dikenakan adalah RM250 + RM39 = RM289

 

Selain daripada yuran guaman dan setem duti, penyewa juga akan dikenakan beberapa bayaran deposit seperti  Earnest deposit (sebanyak satu bulan sewa) sebagai bayaran tempahan dan deposit sekuriti (sebanyak 2 bulan sewa).

 

Gunakan Speedsign: Tiada lagi caj ekstra

 

giphy (6)-1Speedsign merupakan sebuah platform dalam talian yang membolehkan anda menandatangani perjanjian sewa dengan lebih mudah dan berkesan tanpa sebarang caj.

 

Dengan menggunakan Speedsign, kini anda tidak perlu lagi mengikut cara konvensional untuk mematikan setem duti anda.

 

 

 

 

PERBANDINGAN:

Speedsign

Kelebihan:

  • Tiada caj deposit
  • Tiada yuran guaman
  • Terma dan syarat yang standard dan mudah
  • Proses penyewaan yang cepat

Kekurangan:

  • Anda perlu membaca dan memahami terma dan syarat yang ditetapkan sendiri

 

Perjanjian Sewa oleh Peguam

Kelebihan:

  • Penyewa dan tuan rumah boleh mendapatkan khidmat profesional peguam berkaitan penggunaan istilah dan syarat-syarat di dalam perjanjian.
  • Perjanjian ditulis dan disemak oleh profesional

Kekurangan:

  • Penyewa perlu membayar deposit
  • Perlu ke pelbagai tempat untuk mendapatkan pengesahan perjanjian daripada pelbagai pihak

 

Speedsign adalah sah di sisi undang-undang dan perjanjian sewa rumah dan setem dutinya adalah sah dan tertakluk di bawah Akta Seksyen 7 dalam Akta Elektronik Perdagangan 2006 dan Seksyen 62(2) dalam Akta Tandatangan Digital 1997.

 

Selanjutnya mengenai Speedsign

Penyewa akan dikenakan caj sebanyak RM399 + 6% cukai SST bagi tahun pertama perjanjian sewa (termasuk caj setem duti).

Berdasarkan perbandingan yang diberikan, anda boleh membuat pertimbangan sama ada untuk menggunakan Speedsign atau perjanjian sewa oleh peguam. Sekiranya anda menggunakan Speedsign, pemilik rumah sudah semestinya dapat membuat perjanjian secara percuma. Penyewa pula hanya perlu membayar RM399 untuk tempoh setahun termasuk caj mematikan setem duti.

Selain daripada itu, anda juga tidak perlu bersusah-payah ketika menguruskan proses sewaan anda apabila menggunakan Speedsign. Bayangkan anda mempunyai beberapa unit rumah sewa untuk diuruskan. Semuanya di hujung jari anda dan ianya amat mudah untuk anda lakukan sendiri tanpa perlu membayar upah orang lain untuk menguruskan bagi pihak anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Speedsign, anda boleh baca disini. Muat turun Speedsign dan mula buat perjanjian sewa anda dengan segera di http://getspeedsign.speedhome.com.

Sebarang pertanyaan, anda boleh emelkan kepada kami di hello@speedhome.com

 

***Tertakluk kepada unit kediaman sahaja***

 

 

Topics: speedsign, cara mudah tandatangan perjanjian rumah, yuran perjanjian sewa, perjanjian sewa rumah, speedhome, duti setem

Zulaickha Zainaldin

Written by Zulaickha Zainaldin

Subscribe to Email Updates

Lists by Topic

see all

Posts by Topic

See all

Recent Posts