6 Cara Mudah Tapis Penyewa Rumah Anda. #5 Elak Anda Daripada Terjerat Dengan Penyewa Dari Neraka!

 

anh-nguyen-v-NBXj3Yv5o-unsplash

Bagaikan mimpi ngeri setiap tuan rumah apabila nak sewakan rumah. Susah betul nak dapatkan penyewa tambah-tambah penyewa yang berkualiti dan tak banyak buat hal.

Untung badan, dapatlah penyewa dari syurga ni. Tapi kalau nasib malang, dapatlah penyewa puaka daripada planet mana entah yang akan memusnahkan  harta benda tuan rumah. Haehh menyirap betul lah min dengan spesis macam ni! 


 

Mungkin ada di antara anda yang tengah mengalami masalah ini sekarang. Dah lah nak cari penyewa pun susah, nak cari penyewa yang betul-betul elok perangai dan adabnya pun satu hal jugak.

 

Jadi macam mana nak selesaikan masalah ni? Macam mana anda boleh kurangkan risiko dapat penyewa dari neraka? Apakah cara yang paling berkesan untuk tuan rumah buat supaya tak perlu hadap penyewa yang bermasalah?

 

Whacked sofa

Sumber: SPEEDHOME Claim Report

 

Celing dropSumber: SPEEDHOME Claim Report

 

Tak kisahlah kalau masa mula-mula berjumpa penyewa tu  nampak baik sampai pijak semut pun tak mati, sebagai tuan rumah WAJIB tapis dulu bakal penyewa rumah anda. Biar sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian dah tak berguna dah.

 

Anda ada 2 pilihan untuk tapis bakal penyewa anda; upah agen hartanah  yang kenakan sedikit (mungkin jugak banyak) caj atau cari sendiri penyewa anda (confirm lah percuma je tapi banyak usaha sikit)

 

Proses Pemeriksaan & Tapisan Penyewa

#1 Borang Permohonan

Mulakan dengan langkah pertama iaitu sediakan borang permohonan untuk bakal penyewa anda isi segala maklumat dan butir peribadi mereka supaya anda ada backup jika apa-apa berlaku semasa tempoh sewa berjalan.

 

Pastikan anda periksa latar belakang penyewa sama ada mereka mempunyai rekod kewangan yang buruk  atau rekod jenayah bagi mengelakkan masalah berlaku kelak. Jangan lupa untuk dapatkan maklumat terperinci seperti di bawah:

 

  • Sejarah pekerjaan - berapa lama mereka bekerja di syarikat tersebut? Baru bekerja, pekerja kontrak atau tetap? Berapa kali sudah bertukar kerja? Pastikan bakal penyewa anda mempunyai pendapatan dan kewangan yang kukuh supaya dia boleh bayar sewa on time.
  • Tahap pendapatan/gaji: Adakah gaji mereka lebih tinggi daripada harga sewa rumah dan mereka mampu untuk bayar sewa setiap bulan?
  • Maklumat kewangan: Komitmen bulanan, skor kredit dan wang simpanan mereka memainkan peranan penting dalam hal ini. Perkara ini untuk pastikan bakal penyewa anda mampu bayar dan bertanggungjawab membayar sewa rumah setiap bulan tanpa bertangguh.
  • Maklumat talian: Jika bakal penyewa anda pernah menyewa sebelum ini, pastikan mereka mengisi maklumat mengenai rumah sewa sebelum ini seperti  nombor telefon tuan rumah, alamat rumah, jumlah sewa dibayar dan sebab kenapa mereka berpindah daripada rumah tersebut. 
  • Lain-lain maklumat: Anda juga boleh dapatkan  maklumat seperti jenis dan bilangan haiwan peliharaan yang mereka ada.

Apabila bakal penyewa selesai isi borang maklumat tersebut, pastikan tiada maklumat yang tertinggal. Anda sudah dapat menjangkakan pastinya ada sesuatu yang tak kena jika mereka sengaja meninggalkan maklumat penting dalam borang tersebut.

#2 Pemeriksaan Skor Kredit

Anda boleh check skor kredit di sini. Melalui cara ini, anda boleh lihat rekod  bayaran tunggakan mereka (jika ada), caj kad kredit dan isu major yang lain seperti muflis dan sebagainya.

 

Periksa juga hutang semasa (jika ada) bakal penyewa. Anda akan dapat lihat perbelanjaan kad kredit, pinjaman wang dan beberapa bayaran tertunggak lain yang mereka ada. 

 

#3 Pemeriksaan Latar Belakang

Cara ini akan menyediakan anda dengan maklumat terperinci individu tersebut. Pemeriksaan latar belakang termasuk rekod pengusiran, skor kredit, rekod jenayah dan maklumat awam. Tetapi anda perlulah berwaspada apabila mengambil langkah ini dengan mengambil kira pelbagai faktor.

  • Pengusiran: Jika bakal penyewa anda mempunyai rekod ini, adalah lebih baik untuk anda elakkan daripada sewakan rumah anda kepada mereka.
  • Rekod jenayah: Pastikan bakal penyewa anda bukan seorang penjenayah berbahaya atau penjenayah rekod keganasan.
  • Rekod awam: Periksa jika bakal penyewa anda sedang atau mempunyai sebarang rekod undang-undang bagi mengelakkan sebarang masalah kelak.

#4 Berhubung Dengan Tuan Rumah Sebelumnya

Takde sorang pun tuan rumah yang suka kalau tiba-tiba dapat tahu penyewa mereka sebenarnya tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap. Sebaiknya anda sahkan hal ini dengan cara meminta slip gaji mereka 3 bulan terdahulu atau hubungi majikan penyewa untuk maklumat lanjut. 

 

Walaupun majikan tak boleh memberi maklumat peribadi kepada orang luar sesuka hati, tetapi mereka boleh mengesahkan sama ada bakal penyewa anda merupakan pekerja mereka lagi atau sudah berhenti.

 

#5 Guna Perlindungan Insurans

Siapa cakap tak boleh pakai insurans untuk buat perlindungan rumah? Tuan rumah yang berjaya menyewakan rumah di platform SPEEDHOME diberi pilihan untuk menggunakan Allianz General Insurance untuk melindungi harta di dalam rumah anda.

 

Rumah anda akan dilindungi sehingga jumlah RM26,000 yang merangkumi 2 bulan jumlah sewa, faedah kesulitan rumah, kerosakan kecil harta benda, kecurian dan kerosakan besar harta benda di dalam rumah. 

 

Kami juga melakukan pemeriksaan lengkap latar belakang penyewa sebelum perjanjian sewa rumah ditandatangani.

 

#6 Interview Bakal Penyewa

Jangan skip proses ini jika anda inginkan bakal penyewa yang berkualiti. Inilah peluang tuan rumah untuk betul-betul kenal dengan bakal penyewa dengan lebih dekat lagi supaya tidak tersilap pilih penyewa yang bakal menghuni rumah anda.

 

Antara soalan yang anda boleh tanya adalah:

  • Adakah anda seorang perokok?
  • Adakah anda memelihara haiwan peliharaan? Berapa banyak haiwan peilharaan yang ada?
  • Adakah anda mempunyai rakan-rakan lain yang akan kerap datang bermalam dengan anda?

 

Anda boleh dapat agak perwatakan mereka daripada segi cara mereka menjawab soalan-soalan dan boleh mula buat tapisan di situ.

 

Kesimpulannya...

Menjadi tuan rumah tidaklah mudah kerana banyak perkara yang anda perlu lakukan jika anda inginkan rumah anda kekal elok lagi setelah dihuni orang. Terdapat banyak risiko yang perlu anda lalui termasuklah proses pengusiran penyewa yang bermasalah. 

 

Nak tahu cara buat surat amaran untuk usir penyewa anda yang bermasalah? Klik butang di bawah untuk muat turun contoh notis keluar rumah PERCUMA!

Muat Turun Notis Keluar Rumah Sekarang
comments
0