5 Negeri Pilihan Ekspatriat Paling TOP untuk Menetap di Malaysia

Mana satu pula jadi pilihan hati anda?

 

Pantai terpencil yang eksotik, syurga makanan yang tak terhingga nikmatnya,  alam semulajadi yang segar nan indah serta kaya dengan pelbagai budaya, tidak lain tidak bukan iaitu Malaysia! Adakah anda tahu, Malaysia juga mempunyai pelbagai tarikan menarik yang terletak di bawah satu bumbung?

 

giphy (17)

Malaysia ada bandar canggih yang sentiasa sibuk dan tak pernah tidur, seni bina kolonial, kebun teh yang sentiasa berkabus, hutan hujan tropika yang penuh dengan hidupan liar dan orang utan, dan juga salah satu tempat menyelam TERBAIK DI DUNIA! Hari-hari adalah hari percutian jika anda menetap di Malaysia.

 

Dan adakah anda tahu Malaysia juga menduduki ranking "Top 5 Best Country to Retire" menurut majalah Forbes? Cayalah Malaysia. Malaysia Boleh!

 CITRAWARNA2-5b224f4d04d1cf003c9e7f4b

Dan jika anda sedang baca ini,  kemungkinan anda sedang mempertimbangkan sama ada Malaysia selamat dan sesuai untuk dijadikan sebagai negara untuk bekerja atau bersara, bukan? Di manakah ekspatriat tinggal di Malaysia? Di mana pula anda patut tinggal jika anda ingin menetap di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur? Semua persoalan anda bakal dijawab dalam artikel ini. Jom kita mulakan!

 

 KUALA LUMPUR

Jika anda sukakan suasana hiruk pikuk kotaraya dan kehidupan malam yang happening, Kuala Lumpur adalah pilihan yang tepat untuk anda.

architecture-buildings-city-1538177

Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang pesat maju dengan jumlah penduduk sebanyak 1.6 juta dan amat popular dalam kalangan ekspatriat untuk menetap di sini. Dengan adanya lubuk makanan seperti Steak Australia, Pub Irish dan American Wingstop, makanan seperti di rumah kini boleh didapati di Malaysia dengan begitu mudah sekali.

Komuniti ekspatriat di Kuala Lumpur juga memainkan peranan dalam mengalu-alukan kedatangan mereka yang tinggal di sini. Mereka mempunyai kumpulan Facebook dan forum yang aktif seperti KLExpat Malaysia dan Expatgo.com untuk meraikan mereka supaya mereka tidak berasa sunyi di negara orang.

 pagePropertiesImage

Kredit: kuala-lumpur.ws

 

Pada hujung minggu pula, kebanyakan rakyat Malaysia gemar menghabiskan waktu di pusat membeli-belah. Pelbagai pilihan shopping malls yang terdapat di Kuala Lumpur seperti Suria KLCC, Pavillion Kuala Lumpur, Avenue K, Quill City Mall, Publika dan banyak lagi. 

Kedengaran seperti gaya hidup yang anda suka? Anda sudah boleh mula mencari penginapan yang berhampiran Kuala Lumpur untuk merasai pengalaman di atas. Pilihan seperti Fraser Residence Kuala Lumpur, Prince Hotel & Residence dan Parkroyal Serviced Suite merupakan salah satu  pilihan kediaman yang anda boleh pertimbangkan di sini untuk sewa rumah atau beli rumah di Malaysia.

 

Baca: Top 10 Villas in Kuala Lumpur

 

PULAU PINANG

Jika anda gemarkan gaya hidup yang lebih santai dan tenang, Pulau Pinang adalah jawapannya! Lebih kurang 4 jam perjalanan jika anda memandu daripada Kuala Lumpur.


tumblr_okxdjhwyS91tzu0swo1_500Kredit: folashk tumblr

Popular dengan jolokan "syurga makanan enak", anda pastinya akan sentiasa kenyang sepanjang hari dan malam dengan pelbagai hidangan yang pastinya memukau selera.

tumblr_p6v0x812f11rx9c4oo1_1280

Bukan sekadar syurga makanan, Pulau Pinang juga turut disenaraikan sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO pada tahun 2005 kerana kepelbagaian tarikan kebudayaan serta alam semulajadinya.

 

Daripada aspek kediaman pula, ramai yang masih lagi menjadikan budaya menyewa rumah sebagai pilihan utama kerana kos dan perbelanjaan mahal di negeri tersebut berbanding negeri lain di Malaysia.Tambahan pula, jika anda ingin melabur sebuah villa di Pulau Pinang, sekurang-kurangnya  RM 3 juta  perlu disediakan dan ianya bersamaan dengan USD 700,000!

 

Namun begitu, jangan lepaskan peluang untuk meninjau kawasan-kawasan menarik di Pulau Pinang seperti Lebuh Gurney, Tanjong Tokong, Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi jika anda di sini. Dan jika anda ingin melabur hartanah di sini, Bayan Lepas dan Gelugor merupakan kawasan yang patut anda tinjau.

 

Kadar kemasukan pendatang asing adalah rendah dan anda berpeluang untuk menjalani kehidupan seperti orang tempatan yang lain. Tambahan juga, kadar sewa serta harga hartanah yang rendah juga merupakan salah satu perkara yang boleh anda pertimbangkan jika ingin menetap atau melabur di kawasan ini.

 

 

 MELAKA

Dan jika anda mencari-cari spot yang menarik untuk bergaul dengan masyarakat setempat, Melaka adalah bandar yang sesuai untuk anda!  Negeri ini merupakan sebuah permata yang tersembunyi di Malaysia dengan populasi penduduk asing  lebih rendah berbanding dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

melaka-river-min

Melaka adalah sebuah bandar pelabuhan yang mempunyai pengaruh kuat Portugis, Belanda dan Inggeris. Lebih kurang 3 jam perjalanan untuk ke Singapura dan 2 jam daripada Kuala Lumpur, Melaka mempunyai komuniti ekspatriat yang kecil berbanding di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang di mana sesetengah daripada mereka mempunyai restoran atau bar di sini dengan bilangan peratusan kecil mereka merupakan golongan pesara warga asing.

melaka-temple

Jangan risau jika anda mempunyai bajet yang kecil kerana kos sara hidup dan margin minimum bagi pembelian hartanah kediaman asing hanyalah pada RM500,000 bagi kediaman strata dan RM 1 juta bagi kediaman atas tanah.

 

 KOTA KINABALU

Inginkan kediaman yang berdekatan kawasan pantai sambil menikmati bayu laut tetapi masih ingin berada di dalam bandar? Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai "KK" merupakan tempat yang patut anda teroka untuk menetap kerana di sini pastinya okay bah kalau kau!

e12qmhbkvlc11Kredit: u/GorBox

Terdapat 42 etnik berlainan di negeri di bawah bayu ini dan kepelbagaian jenis makanannya merupakan antara yang popular di Asia Tenggara.

 

Daripada makanan laut yang murah, terumbu karang yang berwarna-warni ke pemandangan gunung-ganang yang indah, semuanya terdapat di sini. Tak dilupakan juga, Sabah juga merupakan tempat asal bagi bunga terbesar di dunia iaitu bunga Rafflesia.

searching-for-rafflesia-in-bukittinggi-864x576Kredit: DIY Travel HQ 

 

Menurut majalah Forbes, Kota Kinabalu disenaraikan sebagai salah satu bandar termurah di dunia terutama sekali untuk ekspatriat menetap.

 

Antara apartment yang disyorkan adalah Loft Imago yang hanya 5 minit daripada tempat-tempat hiburan waktu malam dan juga sebahagian daripadanya adalah sebuah pusat beli-belah! Selain daripada itu, Kota Kinabalu lebih popular dengan rumah atas tanah berbanding rumah jenis strata.

146781410

Ringkasnya, Malaysia adalah sebuah negara yang selamat untuk didiami. Malaysia berada di tahap 69% Indeks Keselamatan Sekitar (Safety Index of Safe Around) dengan ancaman tsunami, letusan gunung berapi dan risiko gempa bumi yang rendah.

 

Baca: No Deposit Needed to Rent With SPEEDHOME

 

Jadi apa anda tunggu lagi? Terdapat pelbagai pilihan tempat di Malaysia untuk anda alami sendiri. Beli rumah atau sewa rumah anda di SPEEDHOME sekarang! SPEEDHOME menawarkan sewa rumah tanpa deposit dan tanpa komisen untuk pembelian rumah.

 

Cari Rumah Impian Anda Sekarang

comments
0