5 Cara Dapatkan Duit Untuk Beli Rumah

Biasalah baru habis belajar dan dah dapat kerja, mestilah nak enjoy puas-puas dulu dengan duit gaji korang, kan?

FREEDOM

Kurang-kurang, beli sebuah kereta dulu. Baru lah bergaya, seronok nak bawak girlfriend keluar jalan-jalan atau pun boleh berlagak sikit kononnya mampu berbelanja besar.

Tapi, lebih baik beringat dahulu dan tangguhkan sementara niat korang nak beli macam-macam jenis kemahuan tu dan fokus untuk beli rumah dulu sebab harga rumah sekarang memang tak masuk akal!

 

Baca: Gaji Ciput, Barang Mahal.Macam mana Nak Simpan Duit Tiap Bulan?

 

Tapi kalau korang degil jugak, mulalah nak tengadah cari cara nak beli rumah jugak-jugak padahal wang simpanan pun tak cukup, habis kat benda lain yang bukan keperluan.

Kalau korang nak tahu, harga rumah zaman sekarang memang nauzubillah mahal sangat tak macam zaman mak-mak kita dulu, murah je. Kebiasaannya harga median sebuah rumah di Kuala Lumpur adalah dianggarkan RM550,000,Putrajaya pula RM400,000 manakala Selangor pula RM382,000 pada tahun 2018. 

*Nota: Harga median merujuk kepada harga jualan di tengah-tengah untuk harta kediaman

 

Merujuk kepada The Edge Markets, purata harga rumah di Kuala Lumpur adalah RM772,980. Jika anda mendapat gaji sebanyak RM2,700 sebulan, anda akan mengambil masa selama 23 tahun untuk membeli rumah tersebut dengan syarat gaji anda tak naik dan keadaan ekonomi kekal selama tempoh tersebut. Kalau gaji RM4,000, boleh beli rumah dalam masa 16 tahun manakala gaji RM7,000 ambil masa 9 tahun.

 

Aduh, scarynya dengar!

 

giphy (14)-1

Sampai bila nak kena menyimpan baru boleh dapat beli rumah? Sudahlah gaji tak naik-naik, kos sara hidup pun tinggi, tambah pulak dengan keadaan ekonomi negara yang tak stabil. Lagi bertambah susah lah kami orang miskin ni nak beli rumah.

Tapi masih ada harapan lagi ke nak simpan duit dan beli rumah walaupun dalam keadaan macam ni? Jawapannya, mestilah ada!

Bagi yang buntu bagaimana cara nak dapatkan duit untuk beli rumah pertama, eloklah baca artikel ini.

 

BACA: Tahu Tak Anda Boleh Guna Simpanan KWSP Untuk Beli Rumah!

 

1. Bayar Hutang Anda Sedikit Demi Sedikit

teddy-kelley-179100-unsplash

Pernah dengar mengenai Snowball Effect? Konsep ni lebih kurang macam sikit-sikit, lama-lama jadi bukit lah; start secara kecil-kecilan kemudian ianya akan berakhir menjadi impak yang besar.

Korang pun boleh buat benda yang sama dengan hutang dahulu. Bayar hutang sedikit demi sedikit dan mulakan dengan membayar hutang yang kecil dahulu sebelum langsaikan hutang yang lebih besar nilainya. Lama-kelamaan anda akan sampai ke satu tahap di mana anda BEBAS hutang dan seterusnya baru lah best nak simpan duit sikit bila semua hutang dah langsai!~

 

2. Buat Freelance atau Part Time

glenn-carstens-peters-203007-unsplash

Peningkatan kos sara hidup telah mendorong ramai golongan profesional yang bekerja untuk beralih ke Internet, menggunakan kuasa teknologi untuk melakukan kerja jarak jauh. Kepada korang yang tak tahu, freelancing ini merupakan salah satu cara untuk seseorang bekerja sendiri dan tiada komitmen jangka panjang dengan seseorang majikan. Kebiasaannya, freelancer mengambil projek sementara untuk pelbagai jenis pelanggan.

Freelancing dah jadi semakin popular dan lazim dalam Malaysia kerana mereka mengendalikan jadual dan projek yang mereka mahu lakukan sendiri. Selalunya projek-projek yang freelancer dapat boleh dijadikan side income selain daripada makan gaji tetap.

Jadi kalau korang ada niat untuk jadi freelancer, ada banyak kursus untuk jadi full-time freelancer, tapi korang kena ingat yang kerja freelance ni bukanlah suatu pekerjaan yang stabil melainkan korang ada ramai kenalan (network) dengan klien dan bajet yang mencukupi. Sebab tulah ramai yang jadikan kerja freelancing ni sebagai pekerjaan sampingan untuk bantu sokong pekerjaan tetap sedia ada.

 

3. Buat Perbandingan Bila Membeli-Belah

giphy (13)-1

Bila masuk je bab shopping ni, jangan cakap orang perempuan je rambang mata. Lelaki pun sama naik jugak. Mengaku jelah korang pernah macam ni jugak sebab min sendiri pun pernah "terbabas" bila shopping tak ingat dunia ni..hihihi..

Orang tua-tua pesan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian dah tak guna dah. Jadi untuk elakkan daripada pembaziran dan penyesalan berlaku, apa kata sebelum korang nak beli sesuatu tu, korang tawaf dulu satu kedai atau shopping mall sebelum buat keputusan untuk beli barang tersebut?

Bawa sekali notebook kecil untuk korang tulis harga barang di setiap kedai yang berlainan supaya senang nanti nak buat perbandingan dan tak mudah lupa. Dengan cara ni, korang pasti akan terkejut betapa efisiennya untuk jimat wang dan elakkan duit daripada terbazir kat tempat tak sepatutnya. Akhirnya korang jugak yang untung sebab ada lebihan duit yang boleh korang simpan untuk beli rumah nanti!

 

4. Pinjam Duit Daripada Orang, Tapi....

blurred-background-cellphone-coffee-842554

Okay, korang dah jumpa insan yang sangat sesuai untuk korang pinjam duit nak beli rumah. Tapi betul ke orang tu boleh dipercayai? Silap-silap, diorang pun kaki scam jugak. Tak pasal-pasal daripada dapat pinjam duit, terus jadi duit melayang.

Sebelum meminjam, periksa dulu bajet sendiri dan jangan pulak tak ukur baju kat badan sendiri, binasa badan nanti! Mungkin korang juga patut periksa kos pemilikan rumah dan organisasi pinjaman wang lain yang sah di sisi undang-undang sebelum nak meminjam.

Jadi, sebelum apa-apa tindakan korang nak buat, periksa dahulu dengan teliti sebelum buat pinjaman takut ada kos tersembunyi yang dikenakanoleh si peminjam. Lebih baik berhati-hati sebelum terkena

 

5. Cari Agen Hartanah Yang Efisien

mimi-thian-737001-unsplash

Siapa kata korang kena berseorangan bila korang dalam keadaan nak mencari duit beli rumah? Cari agen hartanah yang akan tolong korang dalam mendapatkan rumah pertama. Periksa latar belakang agen tersebut dan selalunya golongan profesional mengenai hal hartanah ni akan ada pelbagai tawaran yang menarik dan mungkin juga akan carikan korang rumah yang elok.

Membeli rumah mungkin kadang-kadang menakutkan, tetapi dengan adanya agen hartanah yang hebat, anda tidak perlu risau lagi.

 

Klik Untuk Maklumat Lanjut

 

 

comments
0