2019 Adalah Tahun Terbaik Untuk Beli Rumah Pertama Anda!

Rebut peluang keemasan untuk membeli rumah baharu dengan tawaran harga istimewa dan pengecualian duti setem sehingga

31 Disember 2019

garden plaza

Sudah pastinya menjadi impian ramai orang untuk membeli rumah pertama masing-masing untuk dijadikan aset masa hadapan terutama sekali pada tahun ini.

 

Namun harga hartanah di Malaysia kini terlalu tinggi dan tak masuk dek akal terutama sekali bagi golongan muda yang bekerja di Malaysia. Kebanyakan anak muda ini bekerja di kawasan bandar dan harga rumah di kawasan bandar memang mahal gila dan tak sejajar dengan pendapatan isi rumah bulanan masing-masing!

 

Jadi tak hairanlah dekat Malaysia ni ada banyak unit hartanah yang tak terjual. Dilaporkan sebanyak lebih daripada 30,000++ unit hartanah yang tidak terjual pada tahun 2018 (sumber: Pusat Maklumat Harta Tanah Negara)


Baca: 5 Cara Dapatkan Duit Untuk Beli Rumah

 

Bagi mengelakkan gelembung hartanah (ataupun property bubble) berlaku yang akan menjejaskan ekonomi negara, pihak kerajaan mengambil inisiatif memperkenalkan Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign) 2019.  Kempen ini diumumkan pada awal tahun 2019 dan tempoh kempen akan berlanjutan sehingga 31 Disember 2019.

 

HOC 2019

Apa itu HOC 2019?

HOC merupakan inisiatif kerajaan iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang direka untuk menyokong pembeli rumah dalam pembelian hartanah sambil meningkatkan jualan hartanah tidak terjual dalam pasaran perumahan tempatan.

 

Pada asalnya, program ini hanya berjalan selama 6 bulan sahaja bermula 1 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019. Namun setelah rayuan REHDA kepada Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng untuk melanjutkan kempen ini diluluskan, maka tempoh HOC 2019 disambung dan bakal berakhir pada 31 Disember 2019.



Bagaimanakah HOC boleh memberi manfaat kepada saya?

  • Diskaun Rumah 10%: Pembeli rumah akan menikmati diskaun tambahan 10% pada harga belian
  • Pengecualian duti setem (untuk SPA & MOT) bagi rumah berharga antara RM300,000 hingga RM1 juta sahaja.
  • 3% pengurangan duti setem bagi hartanah yang berharga antara Rm1 - 2.5 juta: Duti setem 3% hanya akan dikenakan kepada baki selepas RM1 juta sebagai contoh, jika harga rumah adalah RM1.2 juta, kos 3% akan dikenakan hanya pada RM200,000 tersebut.
  • Caj duti setem 0.5% pada perjanjian pinjaman dikecualikan: sah untuk hartanah bernilai sehingga RM2.5 juta.

 

Apakah terma & syarat kelayakan HOC 2019?

  •  Sah untuk semua hartanah yang dijual antara tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2019
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan tanpa had bilangan unit yang dibeli
  • Hanya untuk hartanah kediaman dalam pasaran utama atau “primary property” di antara pemaju (yang mempunyai Permit Iklan dan Lesen Pemaju “APDL”)  dan pembeli sahaja yang layak untuk pengecualian dan insentif HOC 2019. Hartanah dalam pasaran sekunder seperti pembelian rumah daripada rakan, ahli keluarga atau orang lain selain pihak pemaju adalah tidak layak untuk kempen ini.
  • Hartanah yang dijual haruslah berdaftar dengan persatuan berikut:
    - Semenanjung Malaysia: berdaftar dengan REHDA Malaysia
    - Sabah: berdaftar dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah       (SHAREDA)
    - Sarawak: berdaftar dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak   (SHEDA)
  • Apartmen/kediaman servis untuk tujuan kegunaan kediaman sahaja dan bukan untuk tujuan aktiviti komersil layak untuk HOC 2019.

 

 biaya-nikah-rencana-lain.354983688Dah cakap kan tahun 2019 ni adalah tahun terbaik untuk beli rumah. Terutama sekali untuk pembeli rumah pertama.

 

Jangan lepaskan peluang untuk beli rumah anda sekarang sebelum 2020 menjelang. Banyak diskaun dan insentif best untuk korang menanti!

 

 

BACA: Gaji Ciput, Barang Mahal. Macam Mana Nak Simpan Duit Tiap Bulan?

 


 

Tapi sekiranya korang belum bersedia untuk beli rumah lagi, jom lah menyewa dengan ZERO DEPOSIT dekat SPEEDHOME!

 

Sewa Rumah ZERO Deposit Sekarang
comments
0