10 Unit Paling Popular Bulan Ogos/September 2019

 

Pejam celik pejam celik, bulan September tak lama lagi dah akan tinggalkan kita!

 

Tetapi sebelum bulan September berlalu pergi minggu ini, jom kita recap balik 10 Unit Paling Popular Bulan Ogos/September berdasarkan data kami di SPEEDHOME!

 

1. Centrestage, Petaling Jaya

Centrestage-Pertaling-Jaya-Section13

Sebuah kawasan yang happening di Petaling Jaya dengan adanya projek komersil/kediaman yang pesat membangun, Centrestage terkenal dengan kediaman serviced apartment dan juga perkhidmatannya yang lain yang canggih diperoleh daripada rangkaian hotel terbesar dunia “Best Western” selain daripada terdapat kawalan keselamatan 24 jam.

 

2. Central Residence, Sungai Besi

The Court at Central Residence

Kondominium pegangan bebas yang berada di kawasan Sungai Besi ini dipenuhi dengan kemudahan yang imperial dan berestetika yang menepati citarasa gaya hidup moden. Ianya terletak tidak jauh dari pusat bandar dan juga berdekatan dengan akses Lebuhraya Sungai besi dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban bagi kemudahan penduduk setempat. Penduduk juga boleh menikmati panorama bandar yang menakjubkan sambil menikmati hidangan istimewa di restoran berputar  di atas bumbung kondo tersebut.

 

3. Vista Alam, Shah Alam

vista alam

Jika anda mempunyai keluarga yang mencari kediaman untuk menetap, Vista Alam mungkin menjadi pilihan kediaman yang sesuai untuk anda! Vista Alam merupakan sebuah serviced apartment yang sangat strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam seperti Anggerik Mall, PKNS Shah Alam dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Lebuhraya seperti Lebuhraya Persekutuan,ELITE dan NKVE juga senang untuk diakses di kawasan ini!

 

4. Paramount Utropolis, Glenmarie

paramount utrapolis

Sebuah kediaman servis pegangan bebas yang stabil, matang dan berada di tengah-tengah bandar Glenmarie, Shah Alam;  Paramount Utropolis direka khas untuk mereka yang mementingkan gaya hidup seimbang atau work-life balance. Berdekatan kediaman ini, terdapat sebuah tempat iaitu Utropolis Marketplace yang terdiri daripada pelbagai kedai makan dan pusat hiburan yang berhampiran untuk kemudahan penduduk di situ.

 

5. Garden Plaza @ Garden Residence, Cyberjaya

garden plaza-1

Dibangunkan oleh Mah Sing Group Berhad yang telah meraih pelbagai anugerah, Garden Plaza & Boulevard di Cyberjaya (Lembah Silikon Malaysia) ini terdiri daripada sebuah serviced apartment dan pusat beli belah yang menakjubkan. Berhampiran dengan Universiti Lim Kok Wing, kawasan kediaman ini juga berdekatan dengan akses lebuhraya LDP, ELITE dan SKVE.

 

6. Third Avenue, Cyberjaya

third avenue cyberjaya

Jika anda seorang penggemar konsep kontemporari dan berjiwa artistik, tempat ini sangat sesuai dengan anda. Ianya mempunyai sebuah jambatan langit (sky bridge) yang menakjubkan yang menghubungkan antara menara kediamannya dan juga mempamerkan koleksi barangan unik di setiap tingkat bangunan tersebut. Menggabungkan keselesaan ruang dan praktikaliti, bangunan ini dikelilingi oleh beberapa kemudahan seperti Shell, HSBC, D’Pulze dan lain-lain.

 

7. OUG Parklane, Old Klang Road

oug parklane

Meliputi 30 ekar tanah, OUG Parklane terletak di Jalan Klang Lama dan dihubungkan dengan Jalan Puchong, New Pantai Expressway (NPE) dan juga Shah Alam Expressway. Terdiri daripada 4225 unit kediaman dalam 11 blok menara, kondominium ini merupakan antara yang pembangunan yang terbesar semenjak tahun 2015.

 

8. Park 51 Residency, Petaling Jaya

park 51 residence

Park 51 Residency merupakan sebuah kondominium pegangan pajakan yang dibangunkan oleh pemaju rumah yang bertauliah iaitu Taipan Focus Sdn. Bhd. Dikelilingi dengan pelbagai kemudahan yang lengkap seperti berdekatan dengan lebuhraya NKVE, NPE dan SPRINT dan juga pusat pendidikan seperti Taylor’s College, Sri Emas International School dan International Academy of Fashion and Design (IFTC) menjadikan kondo ini pilihan utama para ibu bapa.

 

9. Seasons Garden Residences, Wangsa Maju

seasons garden

Terdiri daripada 1502 unit kediaman, kediaman berkonsep kontemporari serviced residence ini direka khas bagi pembeli rumah pertama kali dan juga pasangan muda yang sudah berkeluarga. Berdekatan dengan akses lebuhraya DUKE, MRR2 dan Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH), penduduk residence ini boleh ke Ampang atau KLCC dalam masa hanya 20 minit dan Petaling Jaya dalam masa 30 minit sahaja!

 

10. Flora Damansara, Damansara Perdana

flora damansara

Berada di lokasi yang strategik, Flora Damansara menyediakan mini market, taman permainan, pusat asuhan dan surau sebagai sebahagian daripada fasiliti mereka. Kediaman di sini terdiri daripada 1440 unit di seluruh 20 tingkat. Jangan risau jika anda mempunyai haiwan peliharaan kerana kediaman ini mesra haiwan peliharaan! Semestinya terdapat kawalan keselamatan 24 jam untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin.

 

Sewa ZERO Deposit Sekarang!

comments
0